[Terkini] Jenzah adik Hafdan dikebumikn, ” Arwh mautt dbelasah disurau rumah anak yatim ” (5Gmbr)

Kuantan : Saya masih terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila mendapat berita anak saudara men1nggal dunia dipukul rakannya hanya kerana RM4,kata Faridah Latif, 49.

Faridah adalah ibu saudara angkat kepada Muhammad Hafdan Qurbani Azhar, 11, yang terbvnuh akibat dibelasah rakannya di surau sebuah asrama pusat kebajikan anak yatim dan miskin, di sini, semalam.

Muhammad Hafdan Qurbani dipercayai disep4k, dicek1k dan dihemp4s ke lantai oleh rakannya berusia 16 tahun sehingga tidak sedarkan diri dan men1nggal dun1a ketika dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Faridah berkata, arw4h dihantar balik ke asrama itu beberapa hari lalu selepas pembukaan sesi persekolahan.

Menurutnya, arw4h ditempatkan di asrama itu kira-kira setahun lalu dan hanya pulang ke rumah apabila cuti sekolah.

Beberapa hari sebelum kembali ke asrama, arw4h sempat membina pondok di atas pokok jering berhampiran rumahnya sebagai tempat bermain selain untuk memudahkan dia memetik buah pokok itu.

Kini, pondok berkenaan hanya menjadi kenangan selepas arw4h pergi buat selama-lamanya dengan cara yang sukar untuk diterima, katanya ketika ditemui di rumah keluarga m4ngsa di Kampung Gelugor, Paya Bungor di sini, hari ini.

Menceritakan keperibadian arwah, Faridah menyifatkan Muhammad Hafdan Qurbani sebagai anak baik, taat dan menghormati orang yang lebih tua.

Faridah berkata, meskipun hubungannya dengan Muhammad Hafdan Qurbani hanya sebagai ibu saudara angkat, arw4h dikenalinya memang tidak pernah melawan cakap.

Mengenang sikap dan keperibadiannya sebagai seorang anak yang baik, saya cukup terkesan dan benar-benar terasa kehilangannya, apatah lagi ibu dan bapanya,katanya.

Sementara itu, penduduk kampung Muhammad Ikmal Hasbullah Ariffin, 23, mengakui terkejut mengetahui kematian arw4h melalui kumpulan WhatsApp masjid.

Walaupun tidak rapat, setiap kali bertemu dia (arw4h) sering menegur. Saya selalu ke bengkel kenderaan bapanya dan kami sering berbual dan bergurau,Jen4zah arw4h selamat dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Gelugor, hari ini.

Semalam, selepas kem4tian Muhammad Hafdan Qurbani, suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 27 Mac ini untuk si4satan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseks4an.Al fatihah.