[Terkini] Jasad bergelimpangan, ” Dua beradik antara 6 yang m4ut otw berkelah ” (5Gmbr)

Kluang : Enam m4ut apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Stream di Batu 13, Jalan Kahang-Mersing di sini, petang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, m4ngsa yang m4ut dikenali sebagai Masrina Kahdar, 21, Mohd. Aidil Abdul Kadir, 23.

Turut m4ut ialah Muhammad Zhafrah Noramin, 16 dan adiknya, Muhammad Syakir, 11, serta Mohammad Asyraf Radiq Abdullah, 11.

M4ngsa ke enam Siti Nurzannah Kahdar, 25, yang duduk di sebelah pemandu dalam Perodua Myvi disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini, sebentar tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Shamsul Amri Mohd. Shahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 4.40 petang.

Sembilan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian dan sejurus sampai di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan membabitkan dua buah kenderaan.

Pasukan Keluar Operai (PKO) menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan seorang mangsa yang menaiki Honda Stream yang terperangkap.

Manakala kesemua m4ngsa yang lain telah dikeluarkan orang awam sebelum PKO sampai di lokasi,katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Shamsul berkata, tiga m4ngsa yang berusia 10 hingga 53 tahun menaiki Honda Stream mengalami keceder4an.

Ujarnya, kesemua m4ngsa yang men1nggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, Manakala m4ngsa yang cedera pula dikejarkan ke Hospital Kluang untuk rawatan lanjut. Al fatihah.