[Terkini] Innalillahiwainnailaihirajiun, “Ayhanda Ustz mninggal duniaa” (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Bapa kepada pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew, Ibrahim Lew men1nggal dun1a sebentar tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ebit berkata, jen4zah bapanya masih berada di Hospital Gleneagles dan akan di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi dan dikafankan.

Ebit berkata, jen4zah bapanya itu akan di bawa ke Muadzam Shah, Pahang untuk dikebumikan di sana.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun, Bapak saya yang tercinta baru sahaja men1nggal dunia, ya Allah beratnya rasa ujian ini, i love you bapak.

Bapak pergi dulu, nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak, sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana, letakkanlah mereka bersama, Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik, terima kasih pinjamkan dirinya untukku, katanya pada hantaran di Facebook sebentar tadi.

Pada masa sama, Ebit meminta orang ramai berdoa kepada jenazah bapanya dan menyedekahkan Al-Fatihah buat arw4h.

Sebelum ini Ustaz Ebit Lew berkongsi perkembangan kesihatan terkini bapanya yang kian merosot akibat penyakit k4nser perut.

Ebit dalam hantaran sebelum ini melalui laman Facebook berkata, beliau mendapat keizinan menziarahi bapanya walaupun masih dalam tempoh kuarantin. Al fatihah.