[Terkini] Ibu meninggal dunia, ” Que Haidar tak sempat lunaskan hajat ” (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Hasrat pelakon Que Haidar untuk pulang menemui ibunya hujung bulan ini tidak kesampaian selepas ibunya terlebih dahulu dijemput Ilahi sekitar pukul 1.20 pagi tadi.

Ibunya, Allahyarham Rahmah Hussein men1nggal dunia disebabkan C19 di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor.

Que atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar berkongsikan berita sedih tersebut dan turut memaklumkan bahawa arw4h ibunya menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, masalah j4ntung dan d4rah tinggi sejak beberapa tahun lalu.

Pagi semalam, kakak hubungi saya memaklumkan keadaan arw4h, Mak nazak dan mengadu sakit dada padanya.

Sebelum itu, arw4h alami ser4ngan j4ntung sebanyak empat kali. Kali pertama, terjadi di rumah adik saya di Pasir Gudang manakala selebihnya di hospital.

Saya segera pulang ke kampung sendirian memikirkan arwah ibu masih kuat.Malah, ketika itu, abang beritahu j4ntung emak kembali stabil. Namun ternyata, Allah lebih menyayanginya,katanya.

Que tiba di HSA kira-kira pukul 6 petang, semalam. Ujarnya, kali terakhir dirinya pulang ke kampung bertemu arwah ibu adalah pada Januari lalu.

Kami sempat luangkan masa bersama dan bawa mak keluar berjalan dan menikmati asam pedas kegemarannya. Saya ingatkan nak pulang ke Johor Bahru bulan ini dan mencuri masa bersamanya.

Kebetulan, ada kerja di sana namun, saya tidak sempat melunaskan hasrat itu,katanya.

Jen4zah Allahyarham Rahmah, 68 tahun, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak, Kulai, Johor, hari ini. Allahyarham Rahmah meninggalkan 10 anak dan 27 cucu.Al fatihah.Credit Utusan Online.