[Terkini] Ibu dah pergi buat selamanya, ” Sekarang Ayah uruskan sampai tersalah beli baju sekolah ” (4Gmbr)

Alor Setar :Tindakan seorang pelajar memakai baju kemeja sekolah sehingga paras lutut mengundang reaksi pelbagai pihak selepas video mengenai­nya tular Ahad lalu.

Menerusi video di aplikasi TikTok itu, seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Abu Bakar, Lepai, Farrah Norashikin Juhari dilihat membetulkan kemeja besar yang dipakai anak muridnya dikenali Jebat.

Menurut Farah Norashikin, tindakan pelajarnya memakai pakaian seragam bersaiz besar itu berikutan bapa kanak-kanak tersebut tersilap membeli saiz baju untuk anaknya.

“Selepas menyedari keadaan itu, saya bawa Jebat ke tandas untuk betulkan kemeja putihnya itu dan tengok bajunya itu bersaiz XL.

“Dia kemudian beritahu telah tersalah pakai baju abangnya tetapi sebenarnya ayahnya tersalah beli baju bersaiz besar.

Jebat juga ada abang di tahun dua dan kakak di tingkatan empat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Norashikin, Jebat bersama dua beradiknya kini tinggal bersama nenek mereka di Kampung Teluk berikutan bapa mereka bekerja sebagai pemandu lori.

Nenek kanak-kanak itu yang dikenali Roziah memberitahu, dia tidak sempat membetulkan baju Jebat mengikut saiz badan cucunya.

“Ayah mereka beli baju seorang dua pasang, bila bawa balik rumah tengok tidak muat jadi pergi semula ke kedai dan tukar. Tetapi terbeli pula saiz besar dan minta saya kecilkan tetapi tidak sempat,” ujarnya.

Sementara itu, Guru Besar SK Haji Abu Bakar, Wan Zainah Wan Nawawi berkata, pihaknya akan membelikan pakaian seragam sekolah yang baharu buat Jebat pada Jumaat ini.

Perkongsian video seorang guru dikenali sebagai Cikgu Farrah di laman TikTok, mencur1 perhatian ramai yang menceritakan kisah sedih pelajarnya. Walaupun diuji sebegitu pelajar ini masih cekal untuk men1mba ilmu dan datang ke sekolah seperti biasa.

Menerusi video yang dikongsi dapat dilihat seorang pelajar lelaki yang memakai kemeja sekolah berwarna putih namun, saiz baju tersebut dilihat begitu besar dan tidak dimasukkan secara kemas di dalam seluar. Terserempak dengan pelajar tersebut, Cikgu Farrah bertindak mengajak pelajar berkenaan ke tandas dan membantunya memasukkan baju ke dalam seluar.

Macam biasalah cikgu akan mer0nda tengok, tiba-tiba nampak eh lain macam ja baju dia. Terus ajak p tandas dan betulkan. Apa yang lebih mervntun hati, ibu kepada pelajar ini baru sahaja pergi buat selamanya bulan November tahun lalu, dek CvdI9. Tok yang urus dengan ayah serta kakak.

Terima kasih atas doa semua buat anak ini. Ibu dia pergi buat selamanya sebab cvd beberapa bulan lepas. Tak sanggup saya tengok tanpa perasaan. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah

meraih lebih 1.4 juta tontonan dan pelbagai respon daripada wargamaya. Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet turut seb4k dengan kisah yang dikongsi dan ada yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan kepada pelajar tersebut.