[Terkini] Hilux ditemui Abah tiada ,” Doakn Abah hasrat hantar kad kahwin x kesampaian ” (5Gmbr)

Besut : Perjalanan seorang lelaki dari Bachok ke Kuala Terengganu untuk menghantar kad undangan majlis perkahwinan anak perempuannya berakhir tr4gedi apabila dia dikhuatiri lem4s selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tembila di Kampung Pengkalan Kubur di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.15 pagi itu, Toyota Hilux berwarna putih yang dipandu mangsa Syukri Wahab, 52, dengan ditemani isterinya Azizah Mohamad Yusoff, 51, terb4bas sebelum merempvh pagar Jambatan Tembila dan terjatuh ke dalam sungai.

Lailawati Omar, bekas isteri arwh Shukri

Menurut bekas isteri mangsa, Lailawati Omar, 43, Syukri dalam perjalanan untuk menghantar kad undangan kepada saudara mara di Kuala Terengganu, sempena perkahwinan anak perempuan mereka Farah Hanani, 24, yang bakal berlangsung pada 5 Mac ini.

Lailawati berkata pada awalnya Farah Hanani telah menghalang ayahnya menghantar kad undangan pada hari ini kerana beliau ingin turut serta mengundang saudara-mara di Kuala Terengganu pada Sabtu, 19 Februari nanti.

Sementara itu Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Besut, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Jusoh berkata pihaknya menerima panggilan kecem4san berhubung insiden itu pada 6.52 pagi tadi dan seramai 10 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya anggota penyelamat dan orang awam berjaya menemui Azizah yang berpaut pada dahan pokok dan berada dalam keadaan lemah kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian, Wanita itu telah dihantar ke H0spital Besut untuk rawatan lanjut.

Mohamad berkata, usaha pencarian Syukri kini tertumpu sekitar 20 meter dari lokasi kejadian dengan disertai 81 anggota penyel4mat daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta 12 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM dengan menggunakan lima buah bot.

Difahamkan kenderaan m4ngsa berjaya ditemui pada jam 5.15 petang tadi kira-kira 10 meter dari lokasi terjunam dan berjaya diangkat pada jam 6.25 petang dengan menggunakan sebuah kren.

Namun m4ngsa tiada di dalam pacuan empat roda tersebut, Katanya hujan lebat yang menyebabkan air sungai naik serta arus deras merupakan antara cabaran yang terpaksa dihadapi anggota penyelamat bagi misi pencarian.

Operasi pencarian diteruskan pagi ini selepas dihentikan petang semalam, sama sama kita doakan moga ada keajiban dan Abah kepada bakal pengantin ini ditemui dengan selamat walaupun apa sebarang kemungkinan.Aamiin.