[Terkini] Dtuk Misbun khilangan Istri tersyang , ” Seblum ini Datin dirwat diHKL akibt C0V1D19 ” (4Gmbr)

Petaling Jaya : Legenda badminton negara, Datuk Misbun Mohd Sidek kehil4ngan isterinya, Datin Latifah Sidek yang men1nggal dunia, sebentar tadi.

Perkembangan itu disahkan menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dalam Twitter sekitar pukul 9 malam tadi, namun punca kem4tian tidak dimaklumkan.

Dukacitanya dimaklumkan Yang Berbahagia Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Sama sama kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arw4h semoga ditempatkan bersama mereka yang disayanginya jua.

Takziah buat Datuk Misbun dan keluarga, Al-Fatihah, kata MSN menerusi ciapan Twitternya.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria turut menzahirkan ucapan takziah dalam Twitter.

Salam Takziah buat Datuk Misbun Sidek sekeluarga diatas pemergi4n Isteri tercinta, Sama-sama kita doakan agar Arw4h Datin Latifah Bte Sidek di tempatkan di kalangan para Solehah. Al-Fatihah, kata Mohamad Norza.

Sebelum ini, Latifah dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana p0sitif C0V1D19.

Misbun dan Latifah mendirikan rumah tangga pada 1987 dan dikurniakan enam anak, Misbun Syawal, Lia Murni, Misbun Ramdan, Lia Alifah, Lia Dewi Rubita, dan Misbun Awalauddin. Al fatihah.