[Terkini] Di duga Su ami STR0K , ” Akibt mnghadap Kmputer & brmain prmainan V1DE0 ” (5Gmbr)

Kulim: Saya percaya Allah tidak akan menguji di luar kemampuan hamba nya dan saya cuba kuat kerana tahu ramai lagi di luar sana yang lebih dahsyat ujiannya, kata ibu dua anak, Sy4zwani Adnan.

Sy4zwani, 27, dari Taman Rambai, di sini, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi pengalamannya menjaga suami, Sh4hrul Liza, 28, yang mengalami str0k sebelah kanan badan dan kini tidak dapat bertutur.

Kisah Sy4zwani tular di laman sosial selepas memuat naik video di TikTok mengenai rutinnya menguruskan suami dan kesungguhan serta kesetiaannya terhadap Sh4hrul turut mendapat pujian netizen.

Bercerita lanjut, Sy4zwani berkata, dia dan Sh4hrul sudah berumah tangga sejak lima tahun lalu dengan sebelum ini, suaminya itu yang menjadi tulang belakang keluarga.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah selepas Sh4hrul diserang strok selepas terjatuh di tandas pejabat pada 3 Ogos lalu menyebabkan Sy4zwani perlu mengambil alih tugas menguruskan keluarga.

Suami saya tidak mengalami simptom kerana pagi sebelum kejadian, dia sempat bersarapan dan menghadiri mesyuarat bersama abah (Adnan S4hat, 53).

Bagaimanapun, saya dikejutkan dengan panggilan memaklumkan suami terjatuh di tandas dan pengs4n.

Ingatkan tiada yang serius namun doktor beritahu ada pend4rahan pada 0tak dan ia salah satu punca suami diser4ng strok selain keletihan akibat terlalu lama menghadap komputer serta bermain permainan v1deo, katanya ketika dihubungi HM.

Syazwani berkata, suaminya ditahan selama sembilan hari di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah pada 12 Ogos lalu.

Biarpun sedih, Sy4zwani cuba sembunyikan perasaannya itu malah menyambut kepulangan Shahrul ke rumah dengan tenang seolah-olah suaminya itu tidak s4kit.

Setitik air mata saya pun tidak tumpah ketika suami pulang ke rumah kerana mahu dia (suami) nampak saya kuat di hadapannya

Saya anggap dia seperti tidak sakit dan layan seperti biasa walaupun hakikatnya sedih melihat keadaannya.

Ikutkan, saya tiada pengalaman menjaga orang sakit tetapi cuba uruskan suami termasuk suapkan makan, mandikan dan bersihkan n4jisnya.

Emak (Elouny M4hany Abd Aziz, 47) saya tinggal sebulan di rumah kami pada awalnya jadi dia yang banyak membantu menjaga anak sementara saya menguruskan suami, katanya.

Berkongsi keadaan Shahrul, Sy4zwani berkata, pada awalnya suaminya itu hanya terlantar di katil, malah minum menggunakan saluran tiub selain makan bubur saja.

Menurut Sy4zwani, keadaan bertambah baik pada bulan lalu apabila suaminya boleh duduk di kerusi roda dan makan serta minum seperti biasa.

Kini, dia sudah boleh masuk sendiri ke dalam kereta dan ikut saya bersiar ambil angin atau pergi ke kedai.

Buat masa ini, dia masih tidak boleh bercakap namun saya ada ajarnya mengeja dan menaip di telefon bimbit dan papan tulis sebagai isyarat jika mahukan sesuatu.

Kiranya, saya perlu latih dan menguruskannya seperti budak kecil dan ia memang memerlukan kesabaran tinggi. Syukur anak faham keadaan suami walaupun mereka masih kecil malah keluarga abah banyak membantu kerana ketika sihat dulu, suami bekerja dengannya (abah),katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok yang tular, Sy4zwani mengakui terkejut dan menganggap ia di luar jangkaannya.

Saya sebenarnya lebih banyak kongsikan rutin dengan suami di Instagram (IG) cuma baru-baru tergerak hati untuk muat naik v1deo di TikTok kerana seronok tengok pasangan lain lakukannya.

Tak sangka v1deo itu meraih tontonan tinggi malah ada juga pengikut berkongsi rasa sebak mereka kerana turut lalui pengalaman sama iaitu menjaga suami yang s4kit.

Apa pun, saya akan terus menjaganya selagi terdaya dan berharap dia sihat semula kerana menurut d0ktor, suami kemungkinan boleh sembuh dalam tempoh setahun,katanya yang masih perlu membawa suaminya melakukan pemeriksaan, rawatan dan terapi susulan di h0spital. Credit Harian Metro.