[Terkini] Cikgu Fatinah maut, ” Kenari dirempuh Fortuner KKM gagal memotong ” (6Gmbr)

Kinabatangan : Seorang guru wanita m4ut selepas kenderaan yang dinaikinya bertembung dengan pacuan empat roda dalam kejadian di Kilometer 98 Jalan Sandakan-Lahad Datu, di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, m4ngsa Nurul Izzah Fatinah Ismail, 31, men1nggal dunia di lokasi kejadian.

Sebak luahan insan insan yang mengenali arw4h Cikgu Izzah Fatihah ” Allahu tidak sangka, Terkejut tengok kena up berita ni di group Whatsapp kelas ipg dulu, Moga arwah Izzah ditempatkan dalam kalangan para solihin, moga keluarga arwah diberi kekuatan menerima kehilangannya😭 ” – Wanie Amir.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu jenis Toyota Fortuner milik Jabatan Kesihatan Sandakan yang dipandu lelaki 53 tahun dan sebuah Perodua Kenari yang dipandu m4ngsa.

Punca kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu pacuan empat roda memotong kenderaan lain dan bertembung dengan Perodua Kenari yang berada di laluannya.

Kedua-dua kenderaan terbabit termasuk ke dalam semak di sebelah kiri jalan. Akibat kejadian itu, pemandu Perodua Kenari mengalami cedera parah di kepala serta disahkan men1nggal dunia oleh kakitangan H0spital Kinabatangan manakala pemandu Toyota Fortuner hanya ceder4 ringan,katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Katanya lagi, m4yat m4ngsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk tindakan selanjutnya sebelum dibed4h siasat, Kes disi4sat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyel4mat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecem4san berhubung kejadian itu pada jam 3.07 petang.

Katanya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyel4mat (BBP) Kinabatangan dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 26 kilometer. Al fatihah.