[Terkini] Cepatt syg prgi ,” Jsad Anggta Tntera lemaas dtemui pagi ini “(6Gmbr)

Maran : Jen4zah Allahyarham Lans Koperal Mohamad Azr1n bin Mohamad Isa ,Alhamdulilah telah ditemui di Kg Serengkam Maran Pahang.

Allahy4rham merupakan anggota Tinjau dari pasukan Kompeni PANDURA (Para) yang lem4s dan hilang ketika menjalani latihan penyusupan menyeberangi Sungai Pahang bagi Eksesais PARA PREDATOR Siri 1/2021 di Kawasan Am, Bera, Pahang.

Semasa kejadian, anggota sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor. Kejadian berlaku pada 29 Ogos 2021 jam 4.40 petang.

TDM telah menggerakkan anggota operasi dan menyelamat namun tiada penemuan sehingga kini, Op SAR bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 Pahang telah dilaksanakan di tempat kejadian pada 29 Ogos 21 jam 4.50 petang.

Ops SAR ini turut juga dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang kampung di kawasan di mana m4ngsa kali terakhir dilihat.

Dalam pada itu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan akan menjaga kebajikan isteri dan anak tunggal anggota tentera yang dipercayai lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Batu Bor di sini kelmarin.

Baginda bertitah demikian kepada isteri Lans Koperal Mohamad Azr1n Mohamad,27, iaitu Nur Aqila Safuan,22, selepas baginda selesai mencemar duli menaiki bot mencari mangsa di sekitar lokasi kejadian di Sungai Pahang berhampiran Kampung Bohor Baru di sini.

Baginda turut menasihatkan Nur Aqila yang mempunyai seorang anak berusia sembilan bulan serta keluarga terdekat supaya bersabar menerima dugaan berat yang sudah ditentukan Allah.

Disamping itu, baginda menitahkan supaya diadakan solat hajat agar usaha pencarian berjalan lancar dan mangsa dapat ditemukan.

Terdahulu baginda diiringi Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain menaiki bot menyusuri Sungai Pahang lebih satu jam bersama pasukan penyel4mat.

Kelmarin seorang anggota tentera Lans Koperal Mohamad Azr1n Mat Isa,27, yang menjalani latihan taktikal Eksesais Para Predator hilang selepas terjatuh ke Sungai Pahang ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan dekat Kampung Batu Bor di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu m4ngsa yang merupakan anggota 10 Briged Para sedang melaksanakan fasa latihan taktikal menyeberang sungai.Al fatihah.