[Terkini] Cepat mu pergi Sham Malik, ” Alza terbabas hilang kawalan ” (6Gmbr)

Kuala Terengganu : Seorang lelaki dan juga krew filem men1nggal dunia setelah kereta Perodua Alza yang dipandunya hilang kawalan terbabas di kawasan Saujana Setiu tengahri tadi.

M4ngsa Muhd Nurshamril Malik atau lebih mesra dengan dangna panggilan Sham Malik yang merupakan seorang Krew filem yang pernah berkerja dengan pelakon pelakon popular seperti Syafiq Kyle dan ramai lagi.

BH melaporkan Seorang kru produksi filem m4ut sementara tiga p4rah selepas kenderaan dinaiki mereka terb4bas di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran simpang tiga Kampung Saujana, di sini

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang, Muhammad Nurshamril Abdul Malek, 27, dari Kuala Lumpur yang juga pemandu kereta Perodua Alza disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, ketika kejadian, m4ngsa bersama tiga rakan sekerjanya dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

Setibanya di tempat kejadian pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan sebelum terb4bas dan terl4nggar tunggul kayu yang berada di sebelah kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu mengeluarkan mangsa yang berada dalam kenderaan itu,katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengikut salah seorang yang mengenali Sham Malik yang dikenali dengan nama Tuan Asmawi memaklumkan yang Sham telah meninggal dunia ekoran kemalangan tersebut.

إنا لله وإنا اليه راجعون..اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه..اللهم اسكنه في جوار الرحمن..بمنك وكرمك يا اكرم الاكرمين.

Menerima perkhabaran duka bahawa Almaghfur Lah Muhd Nurshamril bin Malik Sham Malek atau lebih mesra disapa Sham Malik telah berpulang ke haribaan Allah SWT akibat kemalangan yang dialami di Setiu Terengganu.

Almaghfur Lah difahamkan dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu ke Shah Alam, Mengenali Almaghfurlah tidaklah seperti teman-teman Almaghfurlah yang lain sudah lama,ambo hanya baharu mengenali Almaghfurlah sewaktu sama-sama menyiapkan penggambaran telefilem SIKU12 di Pendang,Kedah pada awal tahun ini.

Kali terakhir, bertemu Almaghfurlah ialah pada 30 September 2021 sewaktu penggambaran salah satu babak tambahan untuk telefilem SIKU12 di Bukit Jelutong,Shah Alam.

Sewaktu ambo dan Almaghfurlah di luar beranda rumah Penerbit Cikgu Ahmad Hashim Seni Bayan Afiq Oscar Bai Chot untuk merakamkan watak ambo sebagai Ayah Man menerusi layar hijau (green screen),almaghfurlah memberitahu ambo,mungkin selepas ini susah sikit mahu jumpa beliau (kata Almaghfurlah).

Dengan berpulangnya almaghfurlah hari ini,kata-kata itu menerobos kembali benak fikiran dan ingatan ambo. Apa pun,Sham..saya persaksikan bahawa kamu orang yang baik,moga Syurga Allah SWT buatmu, Selamat Beristirehat Sham..kami semua akan menyusulimu.له ولنا الفاتحة – Tuan Asmawi Tuan Umar.

Afandi berkata, penumpang hadapan dikenali Kamarul Anuar Mohamed Nasir, 39, dari Petaling Jaya, Selangor serta penumpang belakang, Amir Daniel Suhaimi, 23, dari Kuantan, Pahang retak tulang di bahagian le.her.

Sementara itu seorang lagi penumpang belakang kiri Nur Azizi Nazril Abd Aziz, 26, dari Kuala Lumpur pu.tus tangan kiri, katanya. Al fatihah.