[Terkini] Cepat B tinggalkn kmi, ” Nia Camelia ank kita trcari cari B ” (5Gmbr)

Jitra : Hasrat seorang lelaki untuk melihat anak tunggal peĀ­rempuan berusia setahun mula berjalan tidak kesampaian selepas dia ditemui lem4s apabila terj4tuh di kawasan sawah padi dipenuhi air banjir di Kampung Keluang, di sini semalam.

M4yat, Omar Ismail, 25, ditemui pada pukul 9.20 pagi semalam kira-kira tiga meter dari lokasi kejadian selepas m4ngsa terj4tuh pada pukul 3.03 petang kelmarin.

Kakak ipar m4ngsa, Nur Nazihah Md. Radzi, 28, berkata, sebelum kejadian m4ngsa ada berbual dengan isterinya, Nur Diana, 25, tentang anak tunggal mereka, Nia Camelia Sofea yang baru berusia satu tahun.

Dia tanya isteri bila agaknya anak mereka boleh mula berjalan, namun lebih terkilan apabila ketika kejadian anak mereka mula berjalan dua tiga langkah tanpa sempat dia melihatnya.

Semalam Nia pula mula mencari ayahnya (Omar) untuk tunjuk dia sudah boleh berjalan dan kebiasaannya ayahnya itu akan pulang sebelum maghrib, ujarnya.

Pasangan itu berkahwin pada 2019 dan m4ngsa membantu bapa mentuanya menguruskan sawah, manakala Nur Diana berniaga berdekatan rumah.

Dalam pada itu, bapa mentua mangsa, Md. Radzi Mehat, 52, berkata, kira-kira pukul 12.30 teĀ­ngah hari kelmarin, menantunya ke kawasan sawah itu bersama rakannya untuk menarik pukat yang dipasang sejak Isnin lalu.

Sebelum keluar dia memaklumkan saya memandangkan kami tinggal bersama. Kira-kira pukul 2.30 petang kami dimaklumkan dia terj4tuh ke dalam sawah sedalam 1.5 meter.

Rakan-rakan m4ngsa juga melakukan usaha mencarinya namun gagal ketika itu, katanya ketika ditemui di Jabatan F0rensik, Hospital Jitra, di sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyel4mat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, m4ngsa terjatuh ketika memukat di kawasan sawah pada pukul 3.03 petang kelmarin dan mayatnya ditemui terapung pada pukul 9.20 pagi semalam.

Kita menasihati agar orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti berdekatan kawasan sawah atau sungai berikutan keadaan banjir yang melanda negeri ini sekarang, ujarnya.

Moga Puan Nur Diana tabah apa yang berlaku semamngnya amat perit untuk menerima semua ini namun inilah ketentuan yang maha esa buat keluarganya moga arw4h tenang disana. fatihah.