[Terkini] Cem ank yatim ajaal kmalangan ,” 10 Bff brgegas balik kpg tahu dia mninggal ” (7Gmbr)

Melaka : Akrab seperti saudara kandung, pastinya rasa sedih kehilangan insan yang bergelar sahabat baik tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Begitu juga dengan kisah pemuda ini apabila rakan karib yang sudah dikenali sejak hampir sedekad lalu, m4ut dalam satu kemalangan tragis pada 10 Januari lalu.

Mengimbas kembali insiden berkenaan, pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Mustaqin berkata, dunianya seperti gelap gelita sebaik sahaja menerima mesej daripada rakan lain menerusi aplikasi grup WhatsApp yang memaklumkan sahabat baik mereka, Hafizan Hakim Mohd Asri, 23, men1nggal dunia akibat kem4langan.

Waktu dapat chat tu lingkungan pukul 8 pagi sebelum saya nak pergi berniaga. Sampai tempat niaga saya baca chat, saya tak percaya.

Saya call ‘Beradek’ semua. Diaorang cakap betul berita tu. Terus saya tutup kedai. Dari Rembau, Negeri Sembilan sampailah ke Hospital Melaka, saya tak berhenti menangis.

Kawan-kawan yang duduk Shah Alam pun semua datang ke Melaka nak tengok arwah buat kali terakhir, ujar pemuda berusia 23 tahun ini kepada mStar.

Senang dikenali sebagai Mustaqin, pemuda ini berkata arwah sahabatnya ditimpa kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

Arw4h kem4langan kerana langgar kereta yang buat pusingan U. Dia baru balik kerja waktu itu. Kereta tu salah sebab ‘u-turn’ dekat double line.

Saksi cerita arw4h dah ny4wa-ny4wa ikan dekat tempat kejadian, sebelum meninggal dunia tak lama kemudian.

Masa arwah nak balik kerja, dia sebenarnya baru nak belikan adik dia motor. Buat masa ini, kes arwah sedang berjalan lagi, katanya sambil menambah, arw4h dikebumikan di Tanah Perkuburan Tanah Merah, Sungai Rambai, Melaka.

Arw4h baik sangat, suka belanja makan, baju dan macam macam lagi. Arwah akan pentingkan nenek, adik-adik dan kawan kawannya.

Berkongsi mengenai sahabat baiknya itu, Mustaqin yang menjalankan bisnes makanan di Rembau berkata, arw4h merupakan seorang yang tidak lokek dan langsung tidak berkira dengan rakan-rakan.

Arw4h anak yatim piatu. Dari kecil lagi ibu bapa arw4h dah meninggal dunia. Tak pasti umur arwah berapa masa tu. Arwah dengan dua adiknya dibesarkan oleh nenek dan makcik mereka.

Dua adik arw4h sedang menuntut di Kolej Vokasional Rembau dan Kolej Vokasional Merlimau, katanya lagi.

Bercerita lebih lanjut mengenai persahabatan mereka, Mustaqin berkata dia mengenali arwah sejak menuntut di sekolah menengah.

Kami ada group nama ‘Beradek’. Kami semua dah janji, susah senang sampai mati kami akan bersama sampai bila-bila.

Ada 11 orang semua dalam Beradek termasuk saya dan arw4h, kami semua kenal sejak sekolah menengah. ‘Beradek’ ni singkatan kepada ‘adik beradik’.

Kalau rindu, kami sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Khamis malam jumaat kami bacakan Yassin. Kepada yang di luar sana ada kawan atau sahabat, buatlah mereka macam adik beradik sendiri.

Jangan berkira kawan-kawan kita kalau susah, macam mana sekali pun cuba tolong, jangan abaikan, ujarnya lagi. Al fatihah. Credit Mstar.