[Terkini] Brakhir tugas mu ddunia, ” Ajaal SM ktika imamkan solat ” (5Gmbr)

Batang Kali : Timbalan Ketua Balai Polis Goh Tong Jaya berpangkat Sarjan Mejar (SM) dilaporkan men1nggal dun1a semasa mengimamkan solat Subuh di sebuah surah di Batang Kali, Hulu Selangor, pagi tadi.

Allahyarham Sarjan Mejar Rosli Maskan, 56, dilaporkan meni.nggal dunia pada jam 6.15 pagi, di Surau Al-Muttaqim, Tamu Hill Park, Batang Kali dipercayai mengalami masalah j4ntung.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin, berkata Allahyarham men1nggal dun1a ketika mengimamkan rakaat pertama solat Subuh.

Allahyarham bertugas di balai polis berkenaan sejak dua tahun lalu dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Balai Polis.

Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, khususnya Balai Polis Goh Tong Jaya, amat merasai kehilangannya dan akan berusaha memberikan bantuan kepada warisnya selepas ini, katanya ketika dihubungi hari ini.

Jen4zah kemudian dibawa ke Hos.pital Kuala Kubu Bharu, untuk ujian saringan C19.

Allahyarham Rosli meninggalkan seorang isteri, Rossilawati Abd Rahim dan empat anak akan dikebumikan di Tanah Perku.buran Islam, Kampung Kuantan, Batang Kali.Al fatihah.