[Terkini] Bot terbalik dpukul ombak,” Kami minta maaaf x dapat slmtkan One ” (5Gmbr)

Alor Setar : Seorang pemancing lem4s manakala lima lagi selamat apabila bot yang dinaiki mereka terbalik di kedudukan 5.5 batu nautika barat daya Jeti Tanjung Dawai di sini pada Selasa.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.20 tengah hari itu m4ngsa, Muhamad Ridhwan Mokhtar, 38, yang memakai jaket kesel4matan ditemui men1nggal dunia dipercayai akibat lemas.

Menurutnya, lima mangsa selamat ialah tekong bot, Che Roslan Hashim, 49, bersama empat kru, Mohd Firdaus Zainal Abidin, 36, Engku Mohamad Farizam Fadilah, 19, Zulkifli Ahmad, 45, dan Hafizul Ajis Samsudin, 31.

Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) pada jam 11.35 pagi selepas menerima panggilan daripada pemilik bot terbabit, Mohamad Amirul Asyraf sekitar jam 11.15 pagi mengenai insiden.

Pemilik bot turut memaklumkan seorang daripada m4ngsa telah hilang seterusnya Bot Perkasa 1221 Maritim Pulau Pinang dan bot Perkasa 1226 Zon Maritim Kuala Kedah telah diatur gerak ke lokasi kejadian,katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Noor Azreyanti berkata, pihaknya kemudiannya menemukan bot berkenaan dalam keadaan terbalik manakala semua mangsa ditemui memakai jaket keselamatan termasuk mangsa yang lemas tersebut.

Susulan itu, m4ngsa yang men1nggal dun1a dibawa balik ke Jeti Tanjung Dawai untuk proses sanitasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis, katanya.

Beliau memberitahu, seorang mangsa yang cedera ringan oleh dibawa bot nelayan tempatan ke jeti berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut manakala empat lagi mangsa dibenarkan pulang.Al fatihah.