[Terkini] Berehatlah kakak, ” Hilang sudah penatmu brjuang sebagai frontliner ” (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Kakakku adalah wira sebenar dalam keluarga, perginya dia meninggalkan seribu kenangan buat kami dan tersemat jasanya sebagai pejuang.

Sehingga saat akhir, dia masih fikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang pekerja hospital yang sudah lama tidak bekerja kerana menjalani kuarantin dan amat sayangkan kerjayanya. Ini kerana, dia juga ibu tunggal yang memiliki dua cahaya mata dan pada masa sama menjaga kedua orang tua kami.

Itu antara coretan pilu dikongsi adik perempuan mangsa C19, Allahyarhamah Rumeza Zakaria, 37, di laman web ‘Memorial C19 Malaysia’ yang dibangunkan bagi mengenang dan menghormati individu yang terkorban akibat pandemik itu di negara ini.

Jururawat yang bertugas Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (WACH), Kuala Lumpur itu p0sitif C19 pada 27 Julai lalu, dan kesihatannya mula terganggu selepas hari ke 10 menjalani kuarantin di rumah.

Adik bongsunya, Nor Hafiza Zakaria, berkata mereka sekeluarga tidak pasti Allahyarham mendapat virus itu dari mana dan bersyukur kerana sepanjang menjalani kuarantin di rumah, ibu bapa dan dua anaknya yang tinggal bersama tidak dijangkiti.

Arw4h kakak sudah melengkapkan v4ksinasi pada bulan Mac lalu dan pada mulanya dia cuma mengalami demam biasa dan menggigil pada sebelah malam.

Bagaimanapun, kesihatannya menurun selepas 10 hari menjalani kuarantin, dia makin kerap demam dan sakit kepala, tetapi dia tetap gigih dan mahu kembali bekerja.

Kakak sempat bekerja semula selepas tamat kuarantin selama tiga hari dalam keadaan masih lemah dan kemudian pada 14 Ogos lalu ketika dia ingin mengambil surat pelepasan bebas virus itu di pusat saringan C19, dia ditahan kerana 0ksigen dalam badan menurun sehingga 92 peratus ,katanya kepada BH.

Tambahnya, Allahyarham hanya sempat dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan C19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) selama tiga hari, kemudian dibawa Hospital Sungai Buloh kerana kekurangan darah.

Kakak dimasukkan ke wad selama dua hari dan doktor memberitahu cuma perlu tambah darah satu beg dan dibenarkan pulang, tetapi dalam keadaan tidak bermaya.

Bagaimanapun, pada 19 Ogos lalu saya dapat panggilan daripada anak Allahyarham mengatakan kakak demam panas dengan oksigen dalam badannya menurun kepada 90 dan kami terus membawanya ke hospital.

Keesokan harinya, doktor hubungi dan maklumkan keadaan kesihatannya semakin merosot dan perlu ditidurkan kerana 0ksigen sudah turun sehingga 60 peratus dengan jangkitan virus sudah merebak di dalam badan, katanya yang turut sebak ketika memberitahu kakaknya itu makin tenat dan menghembuskan n4fas terakhir tepat jam 1 tengah hari pada 21 Ogos lalu.

Nur Hafiza bagaimanapun bersyukur kerana dapat menguruskan jenazah kakaknya seperti biasa kerana unit forensik memaklumkan dia bebas sepenuhnya daripada jangkitan C19 ketika meninggal dunia.

Kami tak sangka dapat urus sendiri, syukur kepada Allah SWT kerana dapatlah anak-anak Allahyarham mengucup dan melihat ibu mereka untuk kali terakhir, katanya.

Tambahnya, dua anak Allahyarham, Nurbalqis Nabilah, 14, dan Muhammad Afiq Hakimi, 12, kini dijaga oleh ibu bapanya yang memang tinggal bersama sejak mereka kecil.

Kami lima beradik kini bersama-sama menyara kedua-dua anak kakak.

Mereka (anak arw4h) nampak baik saja, tetapi di dalam hati kita tidak tahu, jadi kami semua memang kerap bertanya khabar, menjenguk dan membawa mereka menziarahi pusara Allahyarhamah, katanya.

Beliau turut berharap kerajaan lebih peka terhadap nasib anak-anak yang kematian ibu bapa akibat C19.

Kem4tian pesakit C19 berlaku secara mengejut, jadi ini sudah tentu memberi kesan terutama kepada anak-anak golongan ibu tunggal yang masih bersekolah. Berilah bantuan dan sokongan secara berterusan kepada anak-anak ini dan keluarga waris untuk membesarkan mereka dengan baik,katanya. Al fatihah.