[Terkini] Berakhir tugas mu di TUDM, ” Mej Nasir meninggal akibat sakit yang dideritainya ” (6Gmbr)

Alor Setar : Seorang Pegawai dari Sekolah Latihan Tempur TUDM (SLTT), TUDM Bukit Ibam sebagai Flait Latihan Para SLTT disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Kuala Lumpur akibat sakit yang dideritanya.

Allahyarham Mej Abdul Nasir bin Hj Abd Majid TUDM yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad,18 Sep 22 setelah mengidap sakit k4nser p4ru-p4ru tahap 4.

Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan seluruh warga TUDM merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Mej Abdul Nasir bin Hj Abd Majid.

Jen4zah Allahyarham telah diuruskan oleh Pangkalan Udara Subang kemudiannya diterbangkan ke KTU, Alor Setar untuk urusan pengebumian Jen4zah Allahyarham selesai dikebumikan kira-kira jam 9.45 malam di Guar Cempedak Kedah.

Satu kehilangan besar buat TUDM pemergian Mej Abdul Nasir ia mengundang pilu keluarga dan insan insan yang mengenali arw4h yang disifatkan mereka arw4h seorang insan yang sangat baik dan disenangi semua orang.

Sifu saya dalam Parachute Jump, Ketegasan beliau memastikan keselamatan ny4 wa kami dalam latihan penerjunan. Besar jasa beliau dalam membimbing pejuang tanah air, Airforce & PASKAU.
Semoga Allah kurniakan Syahid kepada Almarhum & tempatkan Almarhum Mejar Nasir TUDM di sebaik-baik tempat di sisinya-Ahmad Faidhi Mohd Zaini.

Seluruh warga Kementerian Pertahanan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mej Abdul Nasir bin Hj Abd Majid TUDM yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad,18 September 2022. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah -KPM.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Mej Abdul Nasir bin Hj Abd Majid TUDM. Semoga keluarga Allahyarham sabar dengan ujian kehilangan insan yang tersayang dan didoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hambaNYA yang beriman.Al-Fatihah.