[Terkini] Beraang rakan tumpang niaga, ” Peniaga keropok lekor nekad terbalikkn laksa niaga rakan ” (5Gmbr)

Kajang : Tindakan seorang wanita merosakkan barangan peniaga yang membuka gerai bersebelahan gerainya mencetuskan kemarahan netizen.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Facebook Malaysian Crime Watch – MyWatch memaparkan tindakan biadap wanita itu menterbalikkan beberapa bekas yang mengandungi bahan-bahan untuk membuat laksa.

Dalam klip video berdurasi satu minit lima saat itu, kelihatan bahan-bahan membuat laksa milik seorang peniaga berterabur di bawah gerainya dipercayai telah diterbalikkan oleh wanita terbabit.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah tapak perniagaan di Taman Koperasi LLN, Kajang.

Berdasarkan perkongsian MyWatch, kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila wanita yang juga penjaja keropok lekor tidak berpuas hati dengan kehadiran peniaga lain di sebelah gerainya.

Penjaja keropok lekor tak berpuas hati dengan kehadiran penjaja di sebelahnya yang menjual laksa.

Habis laksa diterbalikkan olehnya, mengapa perlu “Busuk Hati” sesama penjaja kecil?, soalnya di laman Facebook semalam.

Susulan kejadian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan penjaja keropok lekor itu yang dilihat mementingkan diri ketika ramai yang sedang bergelut mencari rezeki sewaktu musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sedihnya tengok, sekarang semua orang terkesan dengan C0V1D19 ini, sama-sama la cari makan, Rezeki Allah yang bagi, kenapa perlu ada perasaan macam tu. Sabarlah peniaga laksa, semoga rezeki awak melimpah-limpah kira dimana awak berniaga,kata Farisha Nurralis.

Pada masa sama, netizen turut menyoal kenapa wanita itu perlu iri hati sedangkan peniaga sebelah hanya menjual laksa.

Bukan sebelah tu jual barang makanan sama pun, apehal pulak pergi terbalikkan barang niaga orang lain, hang jual keropok lekor, orang sebelah jual laksa,tulis Hazriel Yusof.

Difahamkan penjual keropok lekor itu telah meminta maaf dengan abang ipar kepada peniaga laksa berkenaan,
Namun, peniaga laksa telah membuat satu laporan polis semalam. Credit Kosmo.