[Terkini] Bby x sempaat mnyusu, ” Ma ma mninggal 1jam leps brsalin” (6Gmbr)

Masjid Tanah : Nur Ayra Aresha Mohd Shukri, Itulah nama yang diberikan Allahyarhamah M0naliza Udin, 34, kepada an4k keempatnya sebelum kemb4li ke rahmatullah.

Tidak seperti yang lazim dipraktikkan Mohd Shukri Hassan, 39, dan arw4h isterinya yang memberi peluang kepada si bapa untuk memberi nama jika anak perempuan dan si ibu memberi nama jika anak lelaki.

Namun, kali ini, arw4h Monaliza beriya-iya mahukan nama itu diberikan kepada anak keempat mereka jika perempuan, memandangkan dia sudah berpeluang memberi nama kepada anak sulung mereka yang berusia 10 tahun.

Mengikut yang kami persetujui saya yang perlu memberi nama jika bayi yang dilahirkan perempuan, namun kali ini arw4h yang nak sangat beri nama itu.

Nama itu diberikan arw4h beberapa minggu sebelum dia men1nggal dunia akibat k0mplikasi ketika bers4lin di Hospital Serdang, Selangor pada 22 Jun lalu, katanya.

Dia berkata demikian selepas menerima cek Faedah Penakat RM650 dan Faedah Pengurusan M4yat RM2,000 daripada EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ismail Othman yang ditemani Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka, Abdul Razak Omar di kediaman bapanya di Kampung Ayer Hitam Darat, di sini semalam.

Mengimbau kembali detik pemergian isterinya, Mohd Shukri berkata, dia membawa isterinya ke Hospital Serdang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan mengikut janji temu ditetapkan.

Katanya, arw4h tidak dijangka melahirkan anak pada tarikh itu tetapi doktor pakar memberitahu, isterinya terpaksa menjalani pembed4han kerana bayi dalam keadaan melintang.

Pembed4han dilakukan pada jam 4 petang dan b4yi perempuan selamat dikeluarkan pada jam 4.32 petang.

Namun, j4ntung arw4h dikatakan terhenti pada jam 4.50 petang sebelum diisytiharkan sudah men1nggal dun1a sejam selepas itu,katanya.

Mohd Shukri yang menetap di Kota Warisan, Dengkil Selangor berkata, ujian calitan ke atas jen4zah arwah isterinya negatif dan jen4zah dikebumikan di Kampung Ayer Hitam Darat pada 23 Jun lalu.

Katanya, ketika pihak pengurusan hospital memberi penjelasan mengenai usaha dilakukan doktor untuk menyelamatkan arwah isteri, dia berasa dunia amat kosong kerana tidak menyangka pemeriksaan kesihatan yang biasa bagi arwah, menjadi detik terakhir dia menatap wajah arw4h.

Saya seolah-olah bermimpi kerana sebelum ke hospital, arwah sihat, Tetapi semua itu ketentuan Allah, katanya.

Dia berkata, buat sementara ini dia dan empat anaknya tinggal di kampung untuk membolehkan ibunya, Tianon Abu Bakar, 64, menjaga Nur Ayra Aresha.

Katanya, dia hanya akan menyambung semula tugasnya sebagai pemandu e-hailing apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tamat dan keadaan pandemik C19 reda.Al fatihah.