[Terkini] Bby pramatang korbaan C19, ” Hasrat klurga timang ank ke5 x ksampaian ” (5Gmbr)

Kubang Pasu : Keceri4an sepasang suami isteri menimang cahaya mata kelima bertukar duka setelah bayi perempuan mereka men1nggal dunia dua jam selepas dilahirkan kerana dij4ngkiti C19 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini kelmarin.

Bapa b4yi itu, Abd J4lil Mohd. Taha, 56, berkata, isterinya, Azreen F4rina Azmi, 38, yang p0sitif C19 melahirkan bayi pramatang enam bulan itu kira-kira pukul 5 pagi namun disahkan men1nggal dun1a pada pukul 7 pagi.

Saya sangat bersyukur dengan kehadiran b4yi ini dan diharap dapat menceriakan lagi keluarga kami.

Bagaimanapun selepas dua jam bayi seberat 500 gram dan cukup sifat ini dilahirkan, saya dimaklumkan dia men1nggal dun1a.

Saya terkilan tidak sempat menatap wajah b4yi tersebut kerana tidak dapat ke hospital disebabkan masih diku4rantin di rumah,katanya di sini semalam.

Pasangan itu mempunyai empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan berusia antara empat tahun hingga 19 tahun.

Ab J4lil yang tinggal di Taman Sinaran Indah, Jitra, di sini memberitahu, dia pada mulanya menghantar isterinya ke sebuah pusat bersalin swasta di sini selepas mengadu s4kit hendak bers4lin pada 28 Julai lalu.

Bagaimanapun, katanya, isterinya didapati p0sitif C19 selepas menjalani ujian saringan di pusat bersalin itu dan kemudian dihantar ke HSB untuk rawatan lanjut.

Katanya, ketika itu difahamkan isterinya dijangkit C19 tahap empat, namun masih lagi sedar.

Isteri saya menerima rawatan di HSB sehingga isteri saya bers4lin pada pukul 5 pagi semalam (kelmarin), Kesihatan isteri saya pula dilaporkan stabil selepas bers4lin.

Saya reda dengan pemergian anak kami yang kelima itu walaupun tidak dapat menatap wajahnya, katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan (PA) Mohd. Shukri Shuib berkata, jen4zah bayi perempuan itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chegar, Mukim Tunjang di sini. Al fatihah.