[Terkini] Bby ini hdiah trakhir, ” Mninggal sblum istri lahirkn ank ke-7 ” (6Gmbr)

Kajang : Siapa sangka dalam sehari dia menerima khabar duka dan gembira serentak namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya.

Namun, Siti Azimah Tajudin, 31, reda ketentuan Ilahi apabila suaminya, Shahrol Amri Sanusi, 31, men1nggal dun1a jam 8 pagi, 18 Jun lalu dipercayai akibat ser4ngan j4ntung.

Namun terselit sedikit pengubat dukanya apabila anak ketujuh Siti Nur Aisyatull Humaira lahir beberapa jam selepas suami disahkan men1nggal di rumah mereka di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang.

Lebih p1lu, nama anak perempuannya itu adalah pilihan arw4h dan ‘hadiah’ terakhir untuk Siti Azimah.

Saya sebenarnya masih terkejut dengan pemergian suami secara tiba-tiba.

Sebelum ini suami tidak pernah mengadu s4kit dan sekali-sekala memberitahu hanya penat, malah ketika kejadian arw4h sempat menunaikan solat Subuh seperti kebiasaan.

Pada jam 8 pagi, arw4h bangun daripada tidur dan seperti sesak nafas sebelum saya segera menghubungi ambulans,kata ibu kepada tujuh anak ini.

Dia yang berasal dari Kelantan berkata, setibanya ambulans di rumah mereka, pegawai perubatan mengesahkan suami sudah tidak berny4wa jam 8.30 pagi.

Saya terkejut dan terpinga-pinga dengan kem4tian suami secara tiba-tiba.

Selepas menghantar jen4zah suami ke Hospital Kajang untuk bed4h siasat pada jam 6 petang saya sudah rasa sakit untuk bersalin.

Sepatutnya saya dijangka bersalin pada 28 Jun ini, tapi takdir Allah saya melahirkan anak beberapa jam selepas kematian suami iaitu 12.09 tengah malam di Hospital Serdang, katanya.

Siti Azimah mengakui suami tidak menunjukkan sebarang petanda untuk meninggalkannya.

Saya tak perasan sangat, cuma arw4h suami ada kata dua tiga hari sebelum ini saya ada s4kit-s4kit (nak bersalin).

Arwah cakaplah mungkin baby kami nak keluar hari Jumaat, tetapi saya tak sangka hari sama dia (suami) yang pergi, katanya yang juga seorang suri rumah.

Akuinya, pemergian suami dan kelahiran anaknya ibarat Allah menarik satu nyawa dan menggantikan anaknya dengan nyawa baru.

Mungkin boleh mengubat kelukaan saya, tetapi saya tetap merindui suami yang baik untuk saya dan anak-anak,katanya.

Katanya, arwah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah mahkamah syariah di Bandar Baru Bangi.

Jen4zah suami dikebumikan pada jam 2 petang, 19 Jun lalu di tanah perkuburan Kampung Sungai Ramal Dalam.

Saya tidak sempat melihat jen4zah suami dan menguruskan pengebumian kerana baru melahirkan anak, katanya.

Siti Azimah berkata, tujuh anaknya berusia 12, 10, 8, 5, 2, setahun dan enam hari akan dijaga sebaiknya.

Ada pihak menghubungi saya untuk mengambil anak namun tidak sesekali saya menyerahkan mereka.

Saya nekad jaga mereka walaupun tiada punca pendapatan, saya akan cuba berniaga secara atas talian demi kelangsungan hidup,katanya.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan kepada Siti Azimah boleh menyalurkan ke akaun CIMB 7065548933 (Siti Azimah Tajudin).

Keluarga Puan Siti Azimah kini telah berpindah ke pulang ke Bukit Rambai Melaka untuk segala maklumat boleh ke facebook Kamsari Hjnor yang menguruskan perpindahan Puan Siti Azimah dan 7 anaknya dari Sungai Ramal Dalam selepas kem4tian suami kerana telah hilang tempat berg4ntung tinggallah pusara suami disini.Al fatihah.