[Terkini] Bby dibuang ini disahkn buta, ” Pekak & kemungkinan bisu ” (6Gmbr)

Johor Baharu : Sebak perkongsian Ustaz Muhammad Azroy mengenai kisah sorang bayi yang dibuang keluarga kisah sedih ini oleh seorang pelayar facebook Puan Carlia Aziz.

Dalam perkongisannya dia menulis mengenai kisah sedih apa yang menimpa Baby Qiraana atau Baby syurga OKU ini.

Bukan bayi ini yang diuji, Kita sebenarnya yang diuji tika ini, Sesiapa di JB yang nak dermakan susu badan boleh call ustaz Muhammad Azroy, Bayi dibuang ini disahkan buta, pekak dan kemungkinan bisu.

Sebelah matanya 100% buta dan sebelahnya lagi 50:50, Mak seorang penagih dadah dan bila beranak buang anak macam gitu,Ada lagi 3 adik beradik dan kakak yang sulung umur 4 tahun takde saluran najis, kena operation 😔.

Saya menangis bila diberitahu oleh Ustaz Muhammad Azroy kes ini dan TBQ Amal akan berkerjasama dengan Rumah Perlindungan FQ untuk bantu besarkan anak syurga ini.

Esok kita akan bawak anak ini ke pakar kanak-kanak dan sediakan keperluannya,Baby ini perlukan susu ibu dan kami merayu siapa di Johor Bahru yang tahu mana boleh dapatkan susu ibu untuk anak ini.

Hubungi Ustaz Azroy : 011-3605 6056 Mohon sebarkan agar dapat dibantu segera anak syurga ini,Ini perkongsian terbaru hari ini dari Puan Carlia Aziz mengenai Baby Qiraana.

Update tentang Baby QIRAANA, Baby syurga OKU yang ditinggalkan ibu, Pagi tadi pihak kami dari Rumah Perlindungan Kanak-kanak TBQ Amal Johor Bahru dan Fitrah Qaseh dah membawa baby Qiraana dan kakak beliau Icha ke Klinik Pakar Kanak-kanak Adda Heights untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Alhamdulillah doktor pakar disini baik tidak mengenakan sebarang caj dan beliau juga akan cuba mendapatkan susu badan (susu ibu) utk membantu pembesaran Baby Qiraana.

Jika ada sesiapa yg ingin turut sama membantu membeli barangan keperluan untuk Qiraana (3 bulan) dan Icha (4 tahun) seperti diapers, susu dan lain-lain seperti yg tertera boleh hantarkan ke alamat kami diPUSAT RAWATAN ISLAM, TERAPI BIL QURAN (TBQ), 28A, Jalan Padi Emas 6/1,Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru Atau hubungi kami di 017-7591252.

Kita hanya mampu doa yang terbaik sahaja untuk baby OKU ini 😔,Anak ini adalah ujian untuk kita yang sihat, sempurna fisikal serta mampu.

Kakak beliau umur 4 tahun ini kena operation sebab saluran najis besar takde dan keadaan amat menyedihkan bila nak buang air besar.

Anak 4 tahun ini juga mula-mula ada masalah ketagihan tapi alhamdulillah, pihak FQ dah jaga 6 bulan dan sekarang ok, hanya kurang bercakap.

Mak penagih tegar dan bapa di penjara, Tadi saya dan pengerusi Rumah Perlindungan Kanak-kanak TBQ Amal, Ustaz Muhammad Azroy temankan pengurus Fitrah Qaseh ke klinik pakar untuk dapatkan nasihat.

Kami di TBQ Amal akan bantu biayai setiap keperluan adik beradik ini dan pihak FQ akan jaga mereka. Credit Ustaz Muhammad Azroy , Puan Carlia Aziz dan Herman Sudil.