[Terkini] Bby daus ajaal trcampak,” Mama turut mninggal masa dirwat Mpv kmalangan ” (5Gmbr)

Papar : Ibu kepada b4yi yang m4ut dalam kem4langan di Kilometer 40, Jalan Kimanis – Keningau, malam tadi, disahkan men1nggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Papar.

M4ngsa Sopan Sofia Sarikin terbabit yang duduk di bahagian hadapan sambil memangku bayinya Wan Kamal Firdaus yang berusia setahun dilaporkan terc4 mpak keluar selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra terbabas.

Manakala Suaminya Wan Kamal Baharin cedera teruk skrg masih belum sedarkan diri kini sedang menerima rawatan di Hospital Papar.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, siasatan awal mendapati keluarga dari Keningau menuju ke Papar.

Katanya, ketika menuruni jalan bukit berselekoh dalam keadaan hujan lebat dan pemandu yang juga suami mangsa berusia 40-an, dikatakan gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan merempvh bukit.

Kenderaan dilaporkan berpusing berapa kali sehingga mengakibatkan bayi yang berada di pangkuan ibu tercampak keluar.

Akibat kemalangan berkenaan, bayi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu mangsa yang parah dihantar ke Hospital Papar, katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Batholomew berkata, wanita itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Wad Kecem4san Hospital Papar.

Katanya, pemandu bersama dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak berusia 12 tahun dan wanita berusia 20-an turut mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Hasil siasatan awal mendapati pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni jalan bukit berselekoh.

Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya. Al fatihah.