[Terkini] Bby baru 2 bln laahir, ” Papaa prgi selmanya tgglkan kmi 4 branak ” (5Gmbr)

Pasir Gudang : Seorang jurukimpal m4ut ketika menjalankan kerja kimpalan ke atas paip keluli di sebuah kilang pembuatan paip di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di sini pada Jumaat.

Sebak luahan rakan rakan arw4h,Dia meninggalkan seorang isteri dan 3 anak berumur 4thn,3thn dan 2 bulan isterinya merupakan anak yatim piatu.

Perginya seorang sahabat yang baik Acun, Di hari jum at yang mulia,meninggalkan istri Laila Nordin ,dua anak lelaki yang masih kecil berusia 3 dengan 4 tahun dan 1 baby girl yang baru saja berusia 2 bulan, meninggalkan keluarganya, menninggalkan kami semua untuk selama-lamanya,Meninggalkan duka yang amat mendalam bagi kami semua.

Semoga istri anak dan keluarganya di berikan kekuatan,kesabaran dan keikhlasan,Daripadanya kita datang dan kepadanya kita kembali, Allah lebih sayangkan kamu,Salam takziah yang mendalam dari kami.

Mohon sedekahkan alfaatihah untuk arwah sahabat kami, Bagi yang mengenali, andai ada silap dan salah dari arwah ,mohon ikhlas ampunkan dan maafkan sahabat kami, Semoga sahabat kami di ampunkan segala dosa dosadan di tempatkan di golongan orang2 beriman Ami – Zalika.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor, Ir Mohd Rosdee Yaacob berkata, kejadian itu berlaku jam 5 pagi ketika m4ngsa berusia 35 tahun mengimpal kepingan besi ke atas paip yang siap dibentuk dengan berdiameter 91 sentimeter dan panjang 12 meter.

Hasil siasatan awal yang dijalankan, JKKP mendapati bahawa mangsa mengimpal secara berdiri menghadap pangkal paip dan pada masa yang sama membelakangi hujung paip yang akan dikimpal.

Kedua-dua paip tersebut berada pada jarak satu meter. Rakan mangsa telah mengaktifkan suis ‘conveyor’ bagi menggerakkan paip yang dibentuk ke proses seterusnya tanpa menyedari m4ngsa berada di antara kedua-dua paip tersebut.

M4ngsa berada pada jarak 15 meter daripada kedudukan suis ‘conveyor’. M4ngsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir, katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mohd Rosdee berkata, pihak JKKP telah mengarahkan majikan untuk mengambil tindakan serta-merta ke atas sistem kerja selamat bagi proses kimpalan yang dijalankan di tempat kerja tersebut.

Selain itu katanya, majikan juga diarahkan untuk menyemak semula dan menambah baik prosedur kerja selamat serta penaksiran risiko bagi aktiviti kerja kimpalan kepingan besi.

Tegasnya, tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Majikan perlu menyediakan tempat kerja yang selamat untuk pekerjanya dan orang lain yang berkenaan,Ini merupakan satu kewajipan am majikan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,katanya. Al fatihah. Credit Sinar Harian.