[Terkini] Baru Hafez Hezmi ucap tkziah pmergian sahabatnya, ” Kini dia pula mnyusul ” (5Gmbr)

Tampin : Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin, Muhammad Hafez Hezmi men1nggal dun1a di kediamannya di Krubong, Melaka, pada usia 38 tahun dipercayai akibat ser4ngan sakit j4ntung.

Perkara itu disahkan Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa yang memaklumkan Allahyarham menghembusk4n n4fas terakhir pada pukul 2.30 pagi tadi.

Pada 20 Oktober lalu arwh Hafez Hezmi memuat naik status mengucap Takziah pemergian sabahat baiknya Ketua Pemuda Umno Mersing yang men1nggal dunia dengan caption ” Perginya seorang sahabat perjuangan.

Seorang yang amat disenangi ramai, berbudi bahasa dan mempunyai prinsip yang amat tinggi, Semoga Allah memberkatimu sahabat Azmir Zainal Abidin , PSUN Johor, Ketua Pemuda UMNO Mersing.Al- Fatihah.

Sungguh tak disangka tak sampai sebulan selepas status itu arwah Ketua Pemuda UMNO Tampin pula menyusul temani sahabat baiknya itu.

Menurut Mohd. Isam, berita kem4tian itu sangat mengejutkan dan adalah kehilangan besar kepada UMNO Bahagian Tampin.

Malam tadi sekitar pukul 10.45 malam, saya menghubungi Allahyarham untuk ke kedai makan di Simpang Ampat bagi berbincang bersama jentera UMNO Bahagian Tampin. Kami beredar setelah habis perbincangan pada pukul 12 tengah malam.

Jasa Allahyarham tidak terhitung, Allahyarham banyak berkorban wang ringgit untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan seperti makanan, katil hospital dan kerusi roda,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Isam berkata, Allahyarham mudah didekati dan sangat setia kepada pemimpin serta sudah dikenalinya hampir 20 tahun lalu.

Muhammad Hafez sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan dalam politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tampin sebelum menjadi Ketua Pemuda Bahagian dan Pengerusi Belia 4B Pekan Gemas sejak tahun 2004.

Allayharham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan.

Jen4zah dijangka dimandikan dan dikapankan di Masjid Jamek Gemas serta dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bukit Masjid, Gemas sebelum sokat Zohor. Al fatihah.