[Terkini] Bapa be.rang ” Ank autistik dseret guru atas lantai ” (5Gmbr)

Petaling Jaya : Sebuah pusat intervensi di Ampang, Selangor didakwa menceder4kan seorang kanak-kanak autistik hingga menyebabkan m4ngsa mengalami leb4m di beberapa bahagian muka serta anggota badannya.

Menerusi pended4han yang dilakukan bapa m4ngsa di laman Facebooknya hari ini, pusat berkenaan juga dilaporkan tidak mempunyai lesen sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain guru-guru tidak mempunyai kelayakan mengajar anak autistik.

Menurut Tengku Aminuddin Shafiq, kejadian menimpa anaknya, Tengku Noah berlaku pada 1 Oktober lalu ketika anaknya berada di bawah jagaan pusat berkenaan.

Anak saya, Tengku Noah merupakan seorang kanak-kanak autistik dan kami menghantarnya ke pusat berkenaan berdasarkan keupayaan dan kemahiran mereka mengendalikan anak-anak istimewa itu.

Baru-baru ini, saya melihat kesan leb4m pada muka dan b4dan anak saya tetapi saya masih bersangka baik dengan menyifatkannya sifat aktif Noah, tulisnya.

Katanya, selepas mengambil anaknya pulang dari pusat itu, dia turut melihat kesan leb4m di bahagian belakang tubuh.

Berdasarkan video yang diterima, anak saya jelas takut dengan guru yang juga pengetua pusat itu, malah saya tidak melihat di mana-mana klip televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan anak saya bertindak k4sar.

Saya tidak rasa, tindakan mereka mengheret anak saya di lantai dan mencederakan dia sebagai tindakan wajar kerana kesalahan dia hanya tidak mahu makan, jelasnya.

Dalam pada itu, Tengku Aminuddin menjelaskan ke.s tersebut telah dipanjangkan kepada pihak polis dan pemeriksaan kesihatan di hospital turut dijalankan.

Sama sama kita doa agar ada jalan penyelesaian dalam kes sebegini moga adik Tengku Noah cepat baik.Credit Kosmo Foto Tengku Aminuddin Shafiq.