[Terkini] Ayh buat prsembahan depan kmi ,” Segak berbaju merah bermain Key bord ” (5Gmbr)

Ipoh : Peng4rah dan penerbit terkenal, M4mat Khalid, 58, sempat membuat persembahan di kafenya di S4rang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke H0spital Slim River pada Ahad.

Anaknya, Mohd Khalid Amen Mohamad, 25, berkata, bapanya yang bermain ‘keyb0ard’ sedang memainkan lagu ‘Ap0kalips’ di hadapan ahli keluarganya.

Kami terus terpa ke arahnya apabila tiba-tiba papa terdiam. Dia tidak mengadu sakit apa-apa pun ketika itu.

Kami menghubungi ambulans dan akhirnya papa menghembus n4fas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital. Papa memang ada sakit jantung, katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Taman Ipoh Jaya Timur 1 di sini pada Ahad.

Allahyarham juga merupakan adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Mohammad Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki, Mohd Khalid Amen, Mohd Khalid Adam, Mohd Khalid Zaffa dan dua perempuan iaitu Sara dan Nurhassanah.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Jamek Idris Iskandar Shah, Sungai Rokam di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh.

Mamat menjadi pengarah filem buat kali pertama menerusi filem komedi Lang Buana yang dibintangi oleh kumpulan Senario.

Minatnya terhadap muzik rock mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah filem Rock pada tahun 2005 seterusnya menghasil francais filem Kampong Pisang yang menambat hati peminat filem tanah air.

Pastinya negara akan merasai kehilangan seorang pengarah yang amat dedikasi dan amat berkebolehan sentiasa menghasilkan karya yang sentiasa dinantikan peminat filem dan drama tanahair.Al fatihah.