[Terkini] Ayh & ank dikebumikn satu lahad ,” Hilang dua insan tersayang serentak ” (5Gmbr)

Kuala Terengganu : Bapa kepada mekanik yang m4ut dalam tr4gedi kebakaran kereta dekat Kampung Wakaf Beruas, di sini meninggal dunia selang 10 jam selepas pemergian anaknya.

Jaafar Abdullah, 76, men1nggal dun1a di kediamannya di Kampung Wakaf Mempelam, di sini, jam 5 pagi pada Ahad.

Jen4zah kedua beranak itu dikebumikan dalam satu li4ng lahad di Tanah Perkuburan Baharu Wakaf Mempelam pada jam 1.30 petang Ahad.

Isterinya, Zabedah Dagang, 68 berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir selepas sesak nafas berikutan tahap kesihatannya merosot akibat komplikasi penyakit termasuk penyakit lelah yang dialami sejak dua minggu lalu.

Dia mengalami penyakit lelah sejak tiga tahun lalu. Dua minggu lalu tahap kesihatannya bertambah buruk dan dibawa serta ditahan wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Arwah anak saya (Mohd Azizi) berkeras mahu bawa bapanya (arwah suami) pulang untuk menjaganya di rumah. Tak sangka pula dia yang ‘pergi’ dulu dan suami pula ‘menyusul’ tidak lama kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya pada Ahad.

Menurut Zabedah, dia masih terkejut kerana kehilangan dua insan tersayang serentak namun hanya mampu menitipkan doa, reda dan pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Pada Sabtu tular di media sosial seorang mekanik rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah Perodua Alza di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas, di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa, Mohd Azizi Jaafar, 37, dikatakan mengikuti sebuah ambulan yang membawa bapanya pulang ke rumah di Kampung Wakaf Mempelam dengan membawa empat tangki oksigen.

Sementara itu, isteri kepada Allahyarham Mohd Azizi, Roslinda Ahmad Ramzi, 32 berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya jam 2 petang pada Sabtu.

Kali terakhir kami bercakap petang semalam sebelum dia bergegas untuk membawa bapanya pulang ke rumah.

Saya agak pelik dan tertanya-tanya mengapa dia agak terburu-buru membawa bapanya pulang. Mungkin perubahan sikap yang ditunjukkan itu petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.

Mengimbau tragedi malam Sabtu itu, Roslinda berkata, suaminya yang merupakan anak keenam dari tujuh beradik turut menyewa empat tangki oksigen kerana bimbang tidak sempat menukar tangki oksigen baharu buat bapanya itu.

Katanya, arwah suaminya juga ada memberitahu bahawa dia bimbang tidak dapat menukar tangki oksigen baharu jika sibuk bekerja nanti.

Seolah-olah sudah tahu itu perjalanan terakhir. Dalam perjalanan bawa pulang ayah dia juga berkeras mahu bawa kereta seorang diri bersama empat tangki oksigen itu.

“Dia turut meminta abangnya menaiki ambulan serta kakaknya yang ada bersama ketika itu menaiki kereta bersama abang iparnya,” ujarnya.

Hasil perkongsian hidup pasangan suami isteri itu dikurniakan tiga cahaya iaitu Muhammad Ruzairil, 14 bulan, Muhammad Rizqin, 6, dan Nur Arisya Mohd Azizi, 12. Al fatihah.