[Terkini] Atikah prgi jua, ” Hasrat brtunang bulan hadapan x kesmpaian ” (5Gmbr)

Alor Setar: Arw4h Nurul Atikah sibuk mencari pelamin dan jurusolek kerana mahu bertunang bulan depan namun Tuhan lebih menyayanginya, kata Rafidah Senapi.

Rafidah, 25, adalah rakan karib kepada Nurul Atikah Rashidi, 22, yang men1nggal dunia pagi tadi ketika dir4wat di Hospital Sultanah Maliha (HSM) Langkawi selepas p4rah pada kem4langan jalan raya di Kampung Kilim, Ayer Hangat di sini, 19 November lalu.

Kem4langan jam 4.05 petang itu turut menyebabkan anggota tentera, Mohd Firdaus yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza serta Maizatul Hana men1nggal dunia.

Menurut Rafidah, arw4h sebelum ini banyak kali meminta maaf kepadanya kerana tidak sempat menghadiri majlis perkahwinannya 4 November lalu.

Kali terakhir kami bertemu ialah pada bulan lalu namun Nurul Atikah tidak menunjukkan perubahan sikap.

Dia seorang rakan yang baik. Sebelum ini, kami kehilangan rakan baik pada Mei lalu tetapi kini giliran Nurul Atikah pergi selamanya, katanya.

Jenazh Nur Atikah dibawa menaiki bot laju untuk pulang ke Sik kedah dari Hospital Langkawi.

Rafidah berkata, Nurul Atikah menetap di Kampung Dusun Pengapit, Gajah Putih, Sik dan bekerja di sebuah syarikat kurier di Sik.

Dalam kejadian 19 November lalu percutian enam individu di pulau peranginan Langkawi bertukar tr4gedi apabila dua daripada mereka m4ut dalam kem4langan di Jalan Ayer Hangat, Kampung Kilim di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, dua m4ngsa yang m4ut dikenal pasti sebagai Mohd Firdaus Nor Shaidi, 23, yang merupakan anggota tentera beralamat di Markas Tentera Darat di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dan pelajar, Maizatul Hana Mohd. Rosdan, 21, dari Gurun dekat sini.

Semoga bakal tunang arw4h dan seluruh keluarga tabah mereka hanya mampu merancang namun yang maha esa yang menentukan segalanya moga rohnya tenang disana bersama dua lagi sahabat yang terlebih dahulu pergi.Al fatihah.