[Terkini] Arwh rindu kpg di Dungun, ” Kini dia balik tapi sebagai Jnazah luah abg ” (5Gmbr)

Kuala Terengganu : Arw4h Datuk Seri Zolkples Embong ada maklum kepada saya baru-baru ini nak balik ke Dungun kerana terlalu rindu dengan keluarga sekiranya kerajaan membenarkan rentas negeri kerana sudah lebih dua tahun tidak pulang ke kampung.

Arw4h juga teringin untuk menikmati hidangan ayam kampung masak pedas kerana sudah lama tidak makan masakan kegemarannya itu.

Namun hasrat arw4h yang masih bujang itu untuk pulang ke rumah saya di Durian Mas, Dungun tidak kesampaian, malah saya tidak menyangka arw4h pulang sebagai jen4zah, ujar abang Allahyarham Zolkples, Ghazalli Embong, 69.

Beliau bagaimanapun menerima berita kem4tian adiknya itu dengan hati yang terbuka sambil mendoakan arw4h di tempatkan dalam kalangan insan beriman biarpun tidak sempat untuk menatap wajah adiknya ketika berny4wa selain menyediakan hidangan kegemaran arw4h.

Mengulas lanjut, Ghazalli berkata, arw4h yang juga anak keenam daripada tujuh adik-beradik adalah seorang yang tegas dan menepati masa.

Bekas kakitangan TDMB itu juga menjelaskan arw4h adiknya itu seorang yang pemurah dan suka menderma bukan sahaja kepada keluarga tapi kepada orang ramai.

Daripada pengurusan masa arw4h begitu jaga, malah arwah juga seorang yang tegas namun pendiam dalam keluarga, tapi dia seorang yang pemurah.

Dalam kalangan adik-beradik, arw4h seorang yang paling jaga dalam percakapan selain cukup disenangi keluarga, ketika arw4h ibu bapa masih ada, ar4ah Zolkples ada menyatakan untuk berumah tangga dengan gadis pilihannya, namun kisah selanjutnya saya tidak pasti.

Ketika kecil kami menetap di kampung Pak Sabah, Dungun, ketika itu arwah belajar di Sekolah Kebangsaan Laki-Laki Dungun sebelum melanjutkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Intan Zaharah Dungun, kemudian ke Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur, sebelum belajar di Universiti Kebangsaan Malayasia (UKM), katanya.

Pagi tadi polis menemui m4yat bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples di rumahnya di Pandan Indah, Selangor sebelum jen4zahnya di bawa ke Masjid Sri Petaling Jaya untuk pengurusan dan solat sebelum dibawa pulang ke Dungun untuk dikebumik4n di kampung halamannya.Al fatihah.