[Terkini] Ank istimewa adk Zanial mninggal dunia, ” lepas x sedarkn diri ” (6Gmbr)

Kuala Lumpur : Lukisan ter4khir diwarnakan Kama Mirezzanial Kama Rezmie, 17, menjadi kenangan abadi buat keluarganya selepas dia men1nggal dunia semalam.

Remaja yang pernah dinobatkan sebagai kanak-kanak terkecil di Malaysia dan tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBR) itu menghembuskan n4fas terakhir pada 12.44 tengah malam di Pusat Perubatan Sunway, di sini.

Bapanya Kama Rezmie Kamaruddin, 45, berkata, anak sulung daripada tiga beradik dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas tidak sedarkan diri, pada 27 September lalu.

Menurutnya, Kama Mirezzanial yang mesra dipanggil Zanial secara tiba-tiba alami kejang dan pengs4n semasa di rumah.

Isteri menghubungi saya yang ketika itu ada urusan kerja di luar. Saya segera pulang dan membawanya ke klinik berhampiran.

Pihak klinik meminta saya menghantar Zanial ke h0spital kerana memerlukan bantuan pernafasan. Saya membawanya ke sebuah hospital berdekatan tapi disebabkan tidak cukup kelengkapan, saya perlu rujuk Zanial ke hospital lain.

Kami hadapi kesukaran kerana kebanyakan 1CU dah penuh. Selepas jam 2 pagi, baru saya dimaklumkan ada kekosongan di Pusat Perubatan Sunway, lalu Zanial dibawa ke sana dengan ambulans,katanya ketika dihubungi H M hari ini.

Kama Rezmie yang mengusahakan perniagaan katering berkata, selepas empat hari bertarung ny4wa, anaknya itu pergi dijemput Ilahi tengah malam Jumaat.

Meskipun pemergian Zanial mengejut buat keluarga, namun katanya, mereka reda dan menerima ketentuan Ilahi.

Arw4h sangat suka mewarna sejak kecil. Lukisan terakhir dia bersungguh-sungguh warnakan dan ambil masa hampir dua bulan untuk siap.

Kami pasti akan merindui hobi arw4h selain keletah yang ceria bersama keluarga selama ini, katanya.

Ditanya mengenai bantuan yang diterima daripada orang ramai selepas beliau merayu sumbangan melalui media sosial bagi menampung kos rawatan Zanial, beliau terharu dan berterima kasih atas keprihatinan masyarakat.

Alhamdulillah, saya terima sumbangan daripada pelbagai latar belakang agama dan bangsa. Sumbangan itu saya gunakan untuk bayar kos hospital dan pengurusan lain, katanya.

Katanya, jenazah arw4h selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, 10.30 pagi semalam.Al fatihah.