[Terkini] Angkara elak Vellfire memotong, ” Nija mautt Myvi bertmbung Mercedes ” (5Gmbr)

Dungun : Gara-gara cuba mengelak kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota vellfire yang memasuki laluannya, seorang penghantar makanan m4ut bertembung dengan Mercedes Benz di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Air Hitam di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Haszaniza Sulong Zakaria, 27, dari Kampung Bari Kechil, Setiu atau lebih mesra dengan panggilan Nija men1nggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Terengganu.

MPV berwarna hitam itu cuba memotong kenderaan lain dan memasuki laluan Mohamad Haszaniza hingga menyebabkan mangsa terpaksa mengelak ke kiri jalan.

Keadaan itu menyebabkan Perodua Myvi dipandu m4ngsa hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembvng dengan Mercedes Benz, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baharudin berkata, impak pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan, bagaimanapun pemandu Mercedes Benz tidak mengalami sebarang keceder4an.

Katanya, m4yat m4ngsa dibawa ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, polis kini giat mengesan pemandu kenderaan MPV berkenaan dan meminta saksi kejadian untuk tampil ke balai berdekatan bagi membantu siasatan.Al fatihah.