[Terkini] Anak lemas ketika bapa Umrah,” Maafkan mama sayang alpa jaga kamu ” (5Gmbr)

Bagan Serai : Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas selepas dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai Perak berhampiran Sayong Tebing di Kuala Kangsar hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi, m4ngsa, Ahmad Fakhruddin Ahmad Farid yang merupakan orang kurang upaya (OKU) ditemukan tersangkut di celah rumput di tebing sungai berkenaan.

M4yat m4ngsa ditemukan selepas sejam pada jarak kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.

Ibu kanak-kanak itu, Nur Suriati Yusoff, 44, berkata, anaknya itu merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik.

Katanya, suaminya ketika ini sedang mengerjakan umrah di Mekah, Saya menghubungi suami yang sedang mengerjakan umrah. Kami berhubung menerusi panggilan video di aplikasi WhatsApp ketika jen4zah arw4h dimandikan sehingga selesai pengebumian.

Suami memberi kata-kata semangat agar saya bersabar dan reda atas apa yang berlaku, katanya kepada pemberita selepas pengebumian jen4zah anaknya di Tanah Perkuburan Islam Masjid At-Taqwa Kubu Gajah, Gunung Semanggol dekat sini hari ini.

Menurutnya, malam semalam merupakan malam terakhir dia berkomunikasi dengan anaknya itu, Katanya, ketika itu anaknya meminta telefon bimbit daripadanya.

Jelasnya, selepas solat Subuh, kira-kira pukul 6.40 pagi tadi anaknya itu masih berada di dalam rumah bermain di hadapan televisyen sementara dia bersiap-siap balik ke Gunung Semanggol untuk menghadiri mesyuarat.

Setelah siap, saya dapati anak saya tiada di dalam rumah dan mendapati pintu pagar terbuka. Puas saya mencarinya di sekeliling rumah dan akhirnya menemukan seliparnya di jeti Sungai Sayong Tebing, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, m4yat m4ngsa ditemukan terapung tersangkut di celah rumput di tebing Sungai Perak kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir m4ngsa dilihat.

Pemeriksaan ke atas tubuh m4ngsa tiada menunjukkan sebarang kecederaan fizikal sebelum pegawai perubatan telah mengesahkan kem4tiannya.

Hasil bed4h siasat mengesahkan kem4tian m4ngsa disebabkan lem4s dan kes diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut, katanya. Al fatihah.