[Terkini] Ammar Aqasya meninggal , ” Abang cedera Honda Future mereka terbabas ” (5Gmbr)

Petaling Jaya : Seorang remaja lelaki m4ut, manakala abangnya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan melanggar batu penghadang di Bulatan Lapangan Terbang Subang, di sini, semalam.

Bismillah, Innalillahiwainnalillahirojiun, Anak buah saya ni Kedua dua nya hufaz.Usai solat jen4zah di Maajid AsSyarif terus dikebumikan ditanah perkuburan kg Meru pada jam 10.30 mlm ini.

Sahabat sahabat ku mohon doakan roh arwah Ammar Aqasya ditempatkan bersama orang2 yg soleh diIlliyin, Moga syurgalah tempat baginya.Salam Takziah kepada Hairul Lukman dan seluruh ahli kelduarga – Siti Taniza Toha

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kem4langan itu jam 10.54 malam tadi.

Siasatan awal dilakukan mendapati kejadian itu berlaku jam 10.10 malam apabila motosikal Honda Future ditunggang m4ngsa Muhammad Ammar Aqasha Hairul Lukman17, itu terbabas lalu melanggar batu penghadang di tepi jalan terbabit.

Pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit disahkan m4ut di lokasi kejadian, manakala abangnya yang juga pembonceng cedera pada tangan kanan,katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, abang m4ngsa yang patah tangan kanan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan sebab kem4tian dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Assalamualaikum, Alhamdulillah Urusan pengkebumian arw4h Muhammad Ammar Aqasha bin Hairul Lukman telah selesai.

Terima kasih pada semua yg mendoakan urusan pengkebumian ini dipermudahkan terima kasih juga pada semua yg hadir memberikn penghormatan yg terakhir pada arw4h doakan semoga Hairul Lukman n Rokeeyoh kuat utk menerima kenyataan ini Aamiin- Siti Ahmad.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor R Navalan di talian 0142536820 bagi membantu siasatan, katanya.Al fatihah.