[Terkini] Alhamdulillah Ya Allah, ” Aishah cerita 14 hari pengalaman ngerii (5Gmbr)

Kuala Lumpur : Hampir dua minggu dir4wat di Hospital Ampang akibat jangkitan C19, penyanyi Aishah semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Berkongsi perasaan teruja melalui rakaman video di Instagram (IG), Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin, 56, bersyukur saat dinantikan, akhirnya tiba.

Tak tahu nak cakap macam mana, Betapa bersyukurnya hari yang dinanti-nantikan tiba juga, Sekarang, sedang tunggu surat kebenaran untuk pulang dan menguruskan soal temu janji susulan.

Akhirnya, dapat juga pulang ke rumah yang sudah sekian lama saya rindui, Terima kasih kepada mereka yang mend0akan. D0akan supaya kesihatan saya pulih sepenuhnya,katanya.

Terharu dengan peluang kedua yang diberi selepas hampir dua minggu bertarung ny4wa melawan C19, Aishah menyifatkan pengalaman ngeri yang dilalui umpama isyarat dari Tuhan.

Seperti diberi peluang kedua untuk memperbaiki diri,luahnya penuh bermakna,Keterujaan turut mendorong penyanyi Selanjur Bercinta ini memuat naik beberapa perkongsian lain untuk menggambarkan perasaan gembiranya.

Malah, penyanyi vokal mantap ini sempat mendendangkan sebaris lirik lagu bertemakan kemerdekaan berjudul Bahtera Merdeka.

Saya masuk hospital pada 30 Ogos lalu, tidak sempat nyanyi lagu ini, katanya sambil mengucapkan setinggi penghargaan terhadap petugas barisan hadapan yang banyak berkorb4n demi negara tercinta.

Dalam entri berasingan, bekas penyanyi utama kumpulan The Fan Club ini memuat naik rakaman video mengenai pengalaman bersama petugas barisan hadapan yang menjaganya sepanjang ditempatkan di hospital.

Rakaman video kira-kira seminit itu memaparkan pesanan petugas barisan hadapan mengenai keperluan menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan kepentingan suntikan v4ksin C19.

Sebelum ini, Aishah, 56, dilaporkan p0sitif C19 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta dan dikejarkan ke hospital berikutan paras 0ksigen merosot.