[Terkini] Akak khilangan adk yg manja dn baik hati , ” Lemaas dihanyut arus longkang ” (5Gmbr)

Pasir Gudang : Seorang remaja ditemukan lemas apabila dihanyutkan arus deras di sebuah longkang di Taman Cendana, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 4.14 petang, Mohd Johan Akmal Jamil, 13, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun bermain di kawasan longkang tersebut sebelum remaja itu terjatuh dan dihanyutkan arus deras, turut lemas seorang penghantar makanan yang cuba selamatkan mereka.

Sebak luahan kakak arwah melalui laman sosialnya mengenai permergian adik lelakinya.

Pada hari yang mulia ni iaitu hari jumaat pada tarikh 25.6.21 perginye seorang insan yang baik hati,manja,dan dengar kata iaitu adik saya Muhammad Johan akmal bin jamil tenang lah kau di sana tunggu lah kami di syurga adik.

Jika beliau ada buat salah tolong maaf kan beliau ye, jasa budi kalian amat lah kami ingati, Al fatihah🤲🏻 tolong doakan adik saya semua😭 – Ct Isyhaa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata,kemudian seorang penghantar barang, Mohd. Asraf Mohd. Hisham Tan, 32, cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke dalam longkang berkenaan, namun dia turut dibawa arus deras.

Kedua-dua mangsa kemudian ditemukan meninggal dunia manakala kanak-kanak berusia sembilan tahun itu selamat, M4yat dihantar ke hospital untuk bedah siasat,katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang menemukan mayat Mohd. Johan dan Mohd Asraf masing-masing pada jarak 50 dan 70 meter dari tempat mereka jatuh.

Sementara itu, abang Mohd. Asraf, iaitu Mohd. Izhar berkata, ketika kejasian adiknya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bekerja.

Arwah Asraf juga meninggal dunia lemas ketika cuba selamatkan adik Johan

Adiknya yang merupakan bapa kepada empat cahaya mata dikatakan ternampak remaja itu terjatuh dan tanpa berlengah cuba menyelamatkannya.

Adik saya bekerja sebagai ‘runner’, ketika dia dalam perjalanan pulang, dia ternampak seorang remaja lelaki terjatuh ke dalam longkang.

Dia terus terjun ke dalam longkang berkenaan bagi membantu menyelamatkan remaja tersebut.

Bagaimanapun air terlalu deras ketika itu menyebabkan dia turut dihanyutkan sekali, katanya ketika ditemui.

Mohd. Izhar berkata, adiknya meninggalkan seorang isteri yang tidak bekerja dan empat anak berusia antara enam bulan hingga lima tahun. Al fatihah.