[Terkini] Ajaal pesara dilanggar lari ,” 2 suspek turut melarikan Grand Livina lepas Myvi mereka rosak ” (5Gmbr)

Kemaman : Dua lelaki melarikan diri selepas mel4nggar seorang pesara di Kilometer 269, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran susur masuk Plaza Tol Cheneh, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang itu, m4ngsa, Zolkafli Ahmad, 57, men1nggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku ketika m4ngsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kertih dari arah Kuantan. Sebelum dil4nggar Perodua Myvi dari arah sama,Katanya, kenderaan yang dinaiki dua lelaki berusia antara 20-an hingga 30-an itu bagaimanapun bertindak melarikan diri.

Impak pelanggaran menyebabkan skuter Vmoto 250 pesara itu hilang kawalan dan terbabas hingga m4ngsa jatuh di bahu jalan sebelum m4ut, katanya. Beliau berkaya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, malam tadi.

Suspek tersadai ditepi jalan selepas lepas My vi dipandu Rosak.

Hanyan berkata, Perodua Myvi dinaiki suspek mengalami kerosakan dan ditemukan tersadai, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. Ia ditemukan oleh pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina.

Katanya, semasa pemandu itu bersama ibunya meminta pertolongan daripada kenderaan lain di lebuh raya berkenaan, kedua-kedua suspek bertindak melarikan Nissan Grand Livina mereka.

Pemuda itu kemudian membuat laporan di IPD Kemaman. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun,katanya.

Mangsa yang dilanggar My vi merupakan seorang Pesara.

Niat baik pengguna jalan raya mencari individu yang melanggar seorang pesara di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT) berhampiran Cheneh di sini bertukar malang.

Ini apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina miliknya dilarikan suspek, di percayai pemandu Myvi semalam.

Mohd Khairul Anwar Zahari, 37, berkata, kejadian berlaku kira-kira 2 kilometer dari lokasi kem4langan sejurus selepas menyaksikan penunggang motosikal itu terbaring di bahu jalan.

Wajah suspek berjaya dirakam oleh Pemandu Grand Lavina sebelum kenderan tersebut dicuri mereka untuk larikan diri.

Katanya, sebaik sahaja meneruskan perjalanan dia terserempak dengan Perodua Myvi yang dipercayai mel4nggar m4ngsa berdasarkan kerosakan pada kenderaan berkenaan.

Saya nampak komponen kereta tertinggal di lokasi kejadian dan yakin Perodua Myvi itu yang melanggar lari m4ngsa.

Saya kemudian memberhentikan kenderaan dan ketika ditanya, pemandu dan penumpang mengaku melanggar m4ngsa,katanya. Beliau kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, malam tadi.

Menurut Mohd. Khairul Anwar, dia kemudian segera menahan kenderaan lain untuk meminta bantuan menghubungi pihak berkuasa bagi memberkas suspek susulan liputan telekomunikasi yang kurang memuaskan di LPT2.

Pemandu Grand Lavina mebuat laporan polis kehilangan Grand Lavinanya serta kejadian yang menimpa pesara tersebut.

Katanya, ketika leka meminta pertolongan, kedua-dua suspek bertindak melarikan keretanya yang tidak dimatikan enjin.

Saya cuba mengejar dan sempat memegang pintu, tetapi selepas melihat ibu hampir dil4nggar, saya meluru menyelamatkan ibu, katanya.

Mohd. Khairul Anwar berkata, dia bersama ibunya, Roslia Azhar, 59, yang dalam perjalanan pulang ke kampung di Rhu Rendang, Marang terpaksa menumpang kenderaan pengguna jalan raya lain untuk ke plaza tol terdekat sebelum membuat laporan polis.

Terdahulu, pengusaha tapak perkhemahan itu memuat naik dua video suspek kes langgar lari itu hingga tular di laman sosial Facebook. Al fatihah. Credit Utusan Online.