[Terkini] Ajaal Munzir djalan, ” Hsrat ke Al Azhar Mesir hujung bulan ini x ksampaian ” (5Gmbr)

Baling : Hasrat Pelajar Cermelang Tahfiz ini untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir pada hujung bulan ini tidak kesampaian apabila m4ut dalam kem4langan di Simpang Empat Charok Nau, Jalan Baru Baling-Kupang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.49 pagi itu, m4ngsa, Muhammad Munzir Abdul Razak, 19, yang merupakan bekas pelajar tahfiz Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah, Kupang di sini men1nggal dunia di lokasi kem4langan akibat keceder4an p4rah.

Allahyarham Muhammad Munzir pernah menerima anugerah Pelajar Terbaik Sekolah-Sekolah Agama Negeri Kedah pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mangsa beralamat di Taman Pekatra Indah, Simpang Empat, Pulau Pinang.

Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser dipandu lelaki berusia 49 tahun dalam perjalanan dari arah pekan Baling ke Kupang.

Sebaik tiba di tempat kejadian, m4ngsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dikatakan keluar dari simpang di sebelah kiri jalan dari Taman Harmoni secara mengejut, katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kejadian menyebabkan MPV itu terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan motosikal menyebabkannya m4ngsa terc4mpak ke laluan bertentangan.

M4ngsa mengalami kecederaan p4rah dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibed4h siasat,katanya.

Tambahnya, kes disi4sat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, bapa m4ngsa, Abdul Razak Saleh, 53, berkata, segala persiapan untuk anaknya berangkat ke Mesir pada hujung bulan ini telah disediakan.

Arw4h amat teruja untuk menyambung pengajiannya di Mesir dan segala persiapan telah dilakukan, cuma menunggu tarikh sahaja untuk berangkat pada hujung bulan ini.

Semalam arw4h ke Baling dan menumpang bermalam di rumah kawan baiknya kerana dia akan melakukan ujian menunggang motosikal dan telah lulus pagi tadi, katanya.

Jen4zah Allahyarham Muhammad Munzir dikebumik4n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Simpang Empat, Tasek, Pulau Pinang.

Semoga seluruh keluarga arw4h tabah yang maha esa lebih sayangkan arwah segala hasrat dan keinginannya tidak kesampaian dipisahkan oleh Aj4l.Al fatihah.