[Terkini] Ajaal masa cari rezeki, ” Ketika ikat tali feri trhantuk besi pngsan & jatuh kelaut ” (5Gmbr)

Kangar : Seorang kru feri m4ut selepas terj4tuh ke dalam laut dari sebuah feri kargo di Terminal Jeti Kargo, Kuala Perlis dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu, m4ngsa, Mohamad Rasidi B4harum, 45, dilaporkan sedang menambat tali pada bahagian belakang kanan feri MyRoRo Langkawi sebelum tergelincir.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, m4ngsa tergelincir ketika menambat tali di bahagian kanan belakang feri kargo sebelum kepalanya terhantuk di tiang besi dan pengs4n.

Pada pukul 11.50 pagi, sebuah sampan nelayan yang berada berdekatan datang membantu untuk membawa m4ngsa naik ke terminal jeti awam, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, feri kargo tersebut bertolak dari Pulau Langkawi pada pukul 9.10 pagi dengan kekuatan 12 orang termasuk kapten dan penolong kapten dengan membawa 40 buah kenderaan dan 180 orang penumpang menuju ke Kuala Perlis.

Menurut Wari Kiew, Mohamad Rasidi kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pada pukul 12.40 tengah hari, pihak hospital mengesahkan m4ngsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah men1nggal dunia di Unit Kecemasan HTF,” ujarnya. Al fatihah.