[Terkini] Ajaal mama depan mata ank,” Kelisa dhempap lori Buyung ” (6Gmbr)

Kota Bharu : Kecuaian seorang pemandu lori simen yang tidak memastikan breknya berfungsi dengan baik membawa padah apabila kenderaan berat itu menghemp4p kereta Keliasa yang dipandu seorang wanita semasa berhenti di simpang empat lampu isyarat Jalan Sri Cemerlang di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 4.10 petang itu menyebabkan Roslina Anat Lat, 47, men1nggal dun1a di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan p4rah pada bahagian dada dan kakinya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, siasatan awal mendapati, seorang lelaki memandu sebuah lori muatan simen sedang dalam perjalanan dari arah Jalan Sri Cemerlang sebelum mendapati brek kenderaannya tidak berfungsi.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pemandu lori berkenaan mengambil keputusan menukar laluan dan membelok ke kiri menghala ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk mengelak daripada merempvh kenderaan di hadapan.

Semasa membelok ke kiri, lori itu dipercayai terbalik sebelum menghempap kereta Perodua Kelisa yang dipandu m4ngsa yang sedang berhenti di lampu isyarat di arah bertentangan dengan kenderaan berat tersebut.

Kem4langan itu mengakibatkan wanita tersepit di dalam kereta sebelum meninggal dunia di tempat kejadian, katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mohd Suhaimi, sebuah kereta jenis Honda Civic yang berada di belakang kereta m4ngsa turut dihempap lori itu, namun pemandunya yang merupakan seorang lelaki berusia 58 tahun tidak mengalami sebarang keceder4an.

Ujarnya, siasatan awal mendapati, kemalangan itu disyaki berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang gagal memastikan fungsi brek kenderaannya selamat.

Mohd. Suhaimi memberitahu, ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori itu mendapati dia negatif d4dah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Al fatihah.