[Terkini] Ajaal Irfan terbujur dijalan, ” Myvi dipandu hilang kawalan bertembung kelisa ” (5Gmbr)

Hulu Selangor : Seorang lelaki m4ut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas lalu merempvh sebuah kenderaan lain di laluan bertentangan di Kilometer 8, Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, m4ngsa Irfan Danial Kamal,22, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi cedera p4rah dan men1nggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, kejadian berlaku melibatkan dua buah kenderaan antara Perodua Myvi dan Kelisa yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 61 dan 60 tahun.

Hasil siasatan pihak polis mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa yang memandu Perodua Myvi seorang diri menghala ke Pekan Bukit Sentosa, dekat sini.

Secara tiba-tiba kenderaan yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan serta merempuh Perodua Kelisa yang dinaiki pasangan warga emas itu, ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan m4ngsa p4rah dan men1nggal dunia di tempat kejadian Katanya, jen4zah m4ngsa dibawa ke Unit F0rensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bed4h siasat.

Manakala pemandu Perodua Kelisa (suami) yang ceder4 turut dikejarkan ke h0spital sama untuk rawatan lanjut,ujarnya.Al fatihah.