[Terkini ] Ajaal Imam Tn Hj Hatim, ” Lepas menunaikan solat subuh depan surau ” (6Gmbr)

Kuala Lumpur : Pesara guru yang juga imam kedua Surau Al Hidayah Taman Bukit Kajang, Kajang dekat sini m4ut manakala seorang jemaah cedera dil4nggar kereta dipandu imam pertama surau itu, pagi semalam.

Difahamkan, imam pertama itu tertekan pedal minyak dan melanggar imam kedua, Hatim Arshad, 78, dan seorang lagi jem4ah yang berada di perkarangan surau selepas selesai menunaikan solat Subuh.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, dalam kejadian 6.30 pagi itu, kereta Perodua Myvi dipandu imam pertama berusia 76 tahun itu mengundurkan kenderaan dari lot parkir di perk4rangan surau sehingga terl4nggar sedikit bahagian belakang kenderaan lain.

Bagaimanapun, imam berkenaan panik lalu menggerakkan kenderaan ke depan sehingga hilang kawalan dan mel4nggar dua m4ngsa yang juga pejalan kaki di perkarangan surau.

M4ngsa men1nggal dun1a di tempat kejadian dan seorang lagi jemaah dikenali Muhammad, 76, p4tah lutut kanan dan pergelangan kaki kiri sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans, katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disi4sat mengikut Seksyen 41(1) Akta Peng4ngkutan Jalan 1987.

Pada masa sama, beliau berharap orang ramai sentiasa peka dan berhati-hati ketika mem4ndu kenderaan tidak kira di mana berada.

Bagi pemandu berusia, mungkin ada keperluan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan demi memastikan kesesuaian untuk memandu,katanya. Al fatihah.