[Terkini] Ajaal bakal pengantin lelaki, ” Lagi 10 hari majlis Pernikahan ” (5Gmbr)

Sungai Petani : H4srat seorang pemandu kren untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila dia m4ut selepas motosikal ditungganginya merempvh seekor lembu di Kilometer 91.3 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Bedong dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, Qh4irul Idh4m Basharuddin, 27, m4ut di lokasi kejadian akibat keceder4an dalaman.

M4ngsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Bukit Tengah, Bukit Mertajam di Pulau Pinang ke rumahnya di Taman Gurun Jaya, Gurun dekat sini.

Bapa m4ngsa, Basharuddin Hussin, 61, berkata, dia sekeluarga sedih kerana anaknya mer4ncang untuk mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Siti Nur Sya­mira Natasha Hamzah, 22, dari Bedong pada 19 September ini.

Anak kedua saya ini telah selesai menyediakan semua dokumen perkahwinan dan sedang menanti hari bahagia untuk diijabkabulkan dengan pasangannya selepas setahun bertunang.

Arw4h kelihatan sangat teruja kerana rancangannya untuk berkahwin pada Disember tahun lalu terpaksa ditangguhkan kerana pandemik C19 katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, arw4h membuat pelbagai persiapan termasuk daripada segi kewangan dan barangan yang akan digunakan dalam majlis itu kerana mahu majlis pernikahan berlangsung meriah.

Kami kehilangan seorang anak yang baik budi pekertinya, bersikap penyayang dan bertanggungjawab,katanya.

Sementara itu ibu Qhairul Idham, Fatiyah Ghazali, 57, berkata, dia berasa bimbang kerana usahanya menghubungi anaknya itu pada pukul 8.30 malam kelmarin tidak berhasil.

Biasanya dia akan sampai di rumah kira-kira pukul 6 petang tetapi semalam dia gagal berbuat demikian.

Perasaan bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya menyebabkkan saya cuba menghubungi telefonnya beberapa kali tetapi gagal sebelum dimaklumkan tentang kem4langan sejam kemudian, katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supe­rintendan Anuar Abdul Rahman berkata, setibanya ditempat kejadian, m4ngsa dipercayai tidak sempat mengelak dan mel4nggar seekor lembu yang berada di lorong kiri laluan.

Pelanggaran itu menyebabkan dia terpelanting dan terjatuh atas cermin hadapan kereta Proton Persona yang mengekorinya.

Lembu yang dipercayai dari bahu jalan dan naik ke lebuh raya itu kemudiannya turut dilanggar kereta Proton Persona dinaiki sepasang suami isteri mengakibatkan ken­der4an itu remuk di bahagian hadapan. Bagaimanapun mereka tidak ceder4, katanya.

Tambahnya, m4yat m4ngsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kem4tian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Al fatihah.