[Terkini] Air mata istri , ” x sngka su ami salah seorng mgsa yg dirmpuh ” (5Gmbr)

Manjung : Saya reda dengan kej4dian menimp4 suami dan akan menjaga k4ndungan dengan baik, Ini peninggalan berharga suami untuk saya selepas hampir dua tahun berkahwin, kata Nur Syahirah Abdullah.

Nur Syahirah, 25, adalah isteri kepada Mohd Nur Hish4m Hassan, 29, yang men1nggal dun1a dalam kem4langan membabitkan sebuah kereta dan enam motosikal di Kilometer 4 Jalan Kampung Acheh-Sitiawan, di sini, semalam.

Kejadian pada 5.30 petang itu turut menyebabkan H4srandy Bahrum, 27, dan Mohd Suh4il Zainal, 22 men1nggal dun1a.

Ketika kejadian Mohd Nur Hish4m menunggang sendiri motosikalnya, manakala H4srandy serta Mohd Suh4il pula menaiki motosikal sama dan ketiga-tiga mereka m4ut di lokasi kejadian.

Nur Syahirah berkata, dia kini hamil tujuh minggu anak sulung mereka dan arwah suaminya teruja serta gembira apabila dia disahkan hamil, Julai lalu.

Suami gembira sehingga mengalirkan air mata sebaik tahu saya hamil dan dia teruja menunggu kehadiran anak sulung kami.

Saya sedih tetapi reda kerana suami selalu berpesan supaya kuatkan semangat kalau dia sudah tiada nanti, malah kami selalu bersembang mengingati kematian dan dia kerap cakap sayangkan saya sampai hujung ny4wanya, katanya ketika ditemui di Unit Forensik H0spital Seri Manjung (HSM), di sini, hari ini.

Menurutnya, pada hari kejadian dia berasa tidak sedap hati dan hatinya bertambah risau apabila suaminya masih tidak pulang walaupun sudah habis waktu bekerja.

Saya rasa sayu dan tiba-tiba menangis, Saya cuba hubungi suami apabila dia masih belum sampai di rumah tetapi panggilan tidak berjawab sebelum mak minta saya ke rumah kawan untuk mendapatkan bantuan pada 6.30 petang.

Kawan suami ketika itu sedang melihat video kem4langan berkenaan, namun masih tidak tahu yang suami terbabit kemal4ngan itu, Kami terus ke lokasi dan luluh hati saya apabila melihat topi keledar dan tempat duduk motor suami di situ.

Melihat keadaan lokasi dan barang suami saya dapat rasakan yang suami saya sudah tiada,katanya yang baru tinggal bersama suaminya Januari lalu selepas tamat pengajian di Pasir Gudang, Johor Bharu.

Nur Syahirah berkata, suami tidak menunjukkan perubahan ketara cuma dia menyedari Mohd Nur Hisham yang tidak pernah memancing sebelum ini menunjukkan minat melakukan aktiviti itu dan mula membeli peralatan serta menonton cara memancing di Youtube sejak tiga minggu lalu.

Biasanya setiap pagi suami akan pegang perut saya serta bacakan doa untuk kandungan tetapi semalam dia tak buat macam itu.

Sebelum pulang kerja suami ada hantar gambar ‘selfie’ dan beritahu mahu balik pada jam 4.55 petang.

Dia juga beritahu dia sayangkan saya dan ada beri lagu Hanya Satu nyanyian BPR di telegram, katanya memberitahu mereka berdua berasal dari Kuantan, Pahang dan jen4zah suami akan dikebumikan di Batu Lima, Kuantan.

Sementara itu, Jufry Rustam, 37, yang juga sepupu kepada Hasrandy berkata, adik sepupunya berasal dari Inanam, Sabah itu masih bujang dan mereka tinggal bersama di Sitiawan.

Sepupu seorang anak yang bertanggungjawab dh menanggung persekolahan seorang adiknya, katanya,Seorang lagi mangsa, Mohd Suhail berasal dari Sepanggar, Sabah.Al fatihah.