[Terkini] Air mata ibu, ” Mengadu badan panas sebelum ditemui lemas ” (5Gmbr)

Dungun : Pemuda yang ditemui lem4s di Sungai Rajawali dekat Kampung Pulau Serai di sini, hari ini dikatakan memberitahu ibu saudara bahawa badannya sangat panas, sebelum mandi di sungai itu.

Ahmad Solihin Ishak, 22, ke sungai berkenaan kira-kira 4 petang semalam dan tidak pulang, menyebabkan keluarga melaporkan kehilangannya.

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan pihak berkuasa sebelum m4yat mangsa ditemui pada 9.20 pagi tadi.

Ibunya, Zainab Mohamad, 57, berkata, anaknya tidak pernah mandi sungai sebelum ini.

Dia sebelum itu ke rumah ibu saudaranya (adik Zainab) dan selepas solat Jumaat, mengadu badannya panas dan mahu ke sungai.

Kami sekeluarga mencarinya apabila dia tidak pulang selepas 7 malam tetapi tidak jumpa dan membuat laporan di Balai Polis Dungun pada 8 malam.

Sepanjang malam saya susah tidur dan berdoa dia selamat. Namun sudah suratan Ilahi, saya reda kehilangannya walau sangat sedih, katanya yang ditemui di Jabatan Forensik H0spital Dungun.

Zainab yang tinggal di Sura Gate berkata, Ahmad Solihin tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik, sebaliknya dia yang merasa tidak sedap hati selama beberapa hari.

Anak ketujuh daripada 10 beradik itu juga merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah selepas berhenti kerja di kilang di Johor Bahru.

Sedih mengenangkan dia tidak sempat mencapai cita-citanya itu, katanya yang memberitahu anaknya lulusan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan. Al fatihah.