[Terkini] Air mata dua keluarga, ” Trgedi mencari kepah brtukar duka ” (6Gmbr)

Setiu : Pencarian tiga kanak-kanak yang dikhuatiri lem4s di muara sungai Kampung Mangkuk, di sini berakhir apabila m4yat ketiga-tiga mereka ditemui, pagi ini.

M4yat dua beradik, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan Muhammad Aryan Faheem, 7, ditemui penduduk kampung yang melakukan pencarian kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

M4yat sepupunya, Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11, ditemui di permukaan air kira-kira jam 8.15 pagi.

Sepupu m4ngsa, Nur Ilyasa Sofiea Mohd Hasry, 19, berkata m4yat ketiga-tiga sepupunya ditemui penduduk dan anggota penyel4mat tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ibu arw4h menceritkan kembali apa yang berlaku sebelum kejadian, mereka bermain air di depan mata saya, tak jauh pun, air ketika itu hanya paras betis, tetapi tiba-tiba saya lihat mereka tenggelam, kata Nurulhuda Abdul Rahman, 38.

Nurulhuda adalah ibu kepada Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11, yang lem4s bersama sepupunya, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan Muhammad Aryan Faheem Saiful Tarmizi, 7, di beting pasir berhampiran muara sungai di Kampung Mangkuk, di sini, 5.30 petang, semalam.

Ketika kejadian, mereka bermain air sambil mencari kepah, Pensyarah di Politeknik Sultan Mizan, Dungun dan menetap di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu itu berkata, dia terkejut apabila mendapati enam daripada kanak-kanak terbabit termasuk dua anaknya tenggel4m secara tiba-tiba.

Tiga daripada mereka iaitu dua anak saudara, dan anak lelaki saya berjaya diselamatkan sekumpulan penduduk kampung yang mencari kepah di beting pasir berkenaan.

Nurulhasha Humaira dan dua sepupunya, Nur Amni Insyirah dan Muhammad Aryan Faheem gagal disel4matkan sebelum hilang dihanyutkan arus,katanya.

Menurut, Nurulhuda, sebelum kejadian, dia yang menetap di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu bersama dua anak ke lokasi berkenaan kerana mahu menemani suami, Che Mohd Humaizi Che Jemani, 38, memancing bersama dua rakannya.

Katanya, dua adik-beradiknya, Nor Azrina, 43, yang tinggal di Kemaman dan Nor Azifah, 41, menetap di Kampung Jeram, Manir bersama keluarga masing-masing turut serta untuk berkelah di kawasan berkenaan, termasuk ibu.

Kami bertolak dari rumah ibu di Kampung Losong Panglima Perang dan tiba di sini (Kampung Mangkuk) jam 9.30 pagi.

Sebaik tiba, kami berkelah sambil bermain air sungai sebelum saya menaiki bot bersama suami dan dua rakannya serta anak dan lima anak saudara ke beting pasir berkenaan sejauh kira-kira 50 meter dari tempat kami berkelah untuk mencari kepah, jam 3 petang.

Sejurus tiba di beting pasir, suami bersama dua rakannya pergi memancing dan meninggalkan saya bersama dua anak dan lima anak saudara di kawasan berkenaan.

Enam daripada mereka bermain air, manakala seorang lagi anak saudara iaitu Amsyar, 13, abang kepada Nur Amni Insyirah dan Muhammad Aryan Faheem turut berada di beting pasir,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nurulhuda berkata, ketika kejadian, mereka bercadang untuk pulang ke tebing berikutan sudah lebih dua jam berada di kawasan berkenaan selain air ketika itu mulai pasang.

Namun, tidak sempat kami beredar, kejadian itu berlaku, katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyel4mat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan. Al fatihah.