[Terkini] Adk balik laa , “Jasd sibongsu dtemui bila dseru ibuu” (6Gmbr)

Dungun : Jen4zah m4ngsa Lemas Sungai Dungun, Kg Tok Kah telah ditemui 3.3 Km dari tempat mangsa disahkan lem4s dibawa arus deras.

J4sad mangsa dijumpai tersangkut pada engine tongkang Penyedut Pasir Serdang kira-kira jam 8.15 am tadi mengikut laporan komander operasi PKPgB Sharizal Bin ShamsudinKetua Balai Bomba Dungun.

Dalam pad itu seorang ibu setiasa menanti anak bongsunya, Ahmad Firdaus Afiq Che Yusof, 21, yang dikhua­tiri lem4s di Sungai Dungun berhampiran Kampung Tok Kah di sini kelmarin dengan penuh sabar meskipun sudah 24 jam lelaki itu dihanyutkan arus.

Ahmad Firdaus yang mendirikan rumah tangga sembilan bulan lalu dibawa arus deras ketika mandi bersama lima lagi rakannya di sungai berkenaan pada pukul 3.30 petang.

Ibu mangsa, Senah Ismail, 62, berkata, dia bersedia menerima sebarang kemungkinan yang bakal menimpa anaknya itu, namun amat berharap Ahmad Firdaus ditemui semula walaupun hanya j4sad.

Saya begitu rapat dengan dia (Ahmad Firdaus) dan kami tidak pernah berpisah, Dia memutuskan untuk tinggal bersama saya walaupun sudah berkahwin, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Cerita Senah, sebelum kejadian, Ahmad Firdaus tergesa-gesa menunaikan solat zuhur sebelum keluar dari rumah mereka di Kampung Alor Mak Bah di sini untuk berkelah bersama rakan-rakan di Sungai Dungun.

Ahmad Firdaus juga tidak sempat menjamah hidangan te­ngah hari pada hari kejadian, Tidak lama kemudian, saya dapat panggilan telefon memaklumkan berlaku kejadian lem4s semasa mahu menyuap nasi (makan tengah hari) bersama menantu perempuan, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah membe­ritahu, semasa kejadian, Ahmad Firdaus dikatakan sedang leka mandi-manda di sungai tersebut bersama lima rakan.

Beliau berkata, ketika kejadian, Ahmad Firdaus dan seorang lagi rakan, Mohd. Zulfadzli Mohd. Asmadi, 21, tiba-tiba dibawa arus deras menyebabkan yang lain menjerit meminta pertolongan.

Mohd Zulfadzli dapat di­selamatkan, namun Ahmad Firdaus pula hilang dibawa arus.

Gerakan mencari dan menyelamat m4ngsa yang memasuki hari kedua diperluas sehingga ke Kuala Dungun dengan menggunakan teknik selaman serta pencarian di permukaan.

Operasi agak mencabar kerana air keruh dan arus deras menyukarkan penglihatan penyelam, kata beliau,Lima buah bot dan dua anjing pengesan turut digunakan dalam operasi tersebut. Al fatihah.