[Terkini] Adik tahu dia tak pandai berenang ,” Tapi dia tetap nak tolong kawan ” (6Gmbr)

Pasir Gudang : Sebak luahan seorang kakak pada m4ngsa lem4s arw4h Mohd Ahlan Kiram yang ditulis diwall facebook ” Kami adik beradik 3 orang je , Yang paling bongsu yg baju kuning tulah .

Dia lah paling pemalu dia lah yg paling dengar kata, Tapi tahun ni tuhan betul betul sayangkan dia, Tuhan ambik dia dari keluarga kami, Tinggal dua beradik je tinggal .

Takpe sayang , kakak redha InsyaAllah mak bapak semua boleh terima, Innalillahiwainnalillahhirojiun, Semoga Mohd Ahlan ditempatkan dikalangan orang beriman 😢 – Siti Nhazwira.

Dalam pada itu suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian dua jen4zah m4ngsa lemas dalam tragedi Sungai Masai di Tanah Perkubvran Islam Mutmainnah Pasir Gudang, Kampung Cahya Baru di sini pada Selasa.

Lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara dan rakan selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh serta beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Kebajikan Xindai hadir.

Jen4zah Sharif Mohd Sharizan Sabri, 11, tiba dahulu dan dikebumikan pada jam 10.45 pagi manakala jen4zah Mohd Ahlan Kiram, 14, pula dikebumikan bersebelahan Sharif kira-kira satu jam selepas itu.

 

Dalam kejadian pada jam 6.30 petang Ahad, Sharif dan enam rakannya bermain di tepi Sungai Masai berdekatan Taman Masai Utama sebelum seliparnya dikatakan terjatuh dalam air lalu cuba mengambilnya.

Arw4h Sharif terkapai-kapai dan Mohd Ahlan, yang melihat kejadian itu cuba membantu tetapi tidak berjaya lalu kedua-duanya lemas sebelum rakan mangsa kemudian meminta bantuan penduduk kampung.

Sementara itu, bapa Sharif, Sabri kadir, 48, reda dengan pemergian anak ketiga daripada lima beradik itu dan menyifatkan mangsa sebagai anak paling manja dalam keluarganya.

Arwh Sharif Mohd Sharizan Sabri yang cuba diselamatkan Mohd Ahlan walaupun dia tahu dia tak pandai berenang.

Menurutnya yang berniaga nasi lemak bersama-sama isteri, Nurin Sariman, 52, dengan membuka warung di taman itu, sebelum kejadian tersebut arwah berubah perwatakan dengan menjadi pendiam.

Biasanya apabila saya bercakap dia akan memandang wajah saya tapi sejak tiga empat hari lalu, dia hanya tunduk apabila saya bercakap dengan dia. Arwah Sharif jadi pendiam dan tidak banyak bercakap, katanya ditemui di tanah perkuburan itu.

Dia berkata, anaknya itu jarang pergi ke kawasan sungai tersebut sebelum ini dan semasa kejadian mangsa bermain bersama-sama rakannya yang duduk satu taman dengannya.

Saya mendengar cerita sahaja dia cuba mengambil selipar yang terjatuh tetapi saya tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya, katanya.

Sementara itu, abang kepada Mohd Ahlan iaitu Mohd Syahlan, 19, berkata, berdasarkan cerita rakan mangsa yang terlibat, adiknya cuba membantu menyelamatkan Sharif tetapi tidak menyangka dasar sungai itu dalam.

Menurut cerita, adik saya sangka kawasan itu cetek tetapi apabila pergi membantu Sharif, kawasan itu dalam sebenarnya dan dia yang tidak tahu berenang turut lem4s,katanya yang bekerja di kilang di sini.

Sementara itu, wakil Persatuan Kebajikan Xindai, Ungku Ibrahim Ismail Ungku Muhamad Yunos berkata, pihaknya menghulurkan bantuan RM500 kepada setiap keluarga bagi membantu meringankan beban mereka.

Kita akan beri bantuan susulan terutama kepada keluarga Sabri kerana dia hanya berniaga nasi lemak dan menyewa sebuah bilik dan bukan sebuah rumah di taman itu disebabkan tidak mampu selain sudah berhenti kerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),katanya.

Semoga keluarga ini tabah dengan apa yang berlaku yang maha esa lebih sayangkan kedua duanya.Al fatihah.