[Terkini] Abg Noriman 0KU mninggal sendirian, ” Dua hari baru disedari mak yg rabun penglihatan ” (5Gmbr)

Pontian : Kelibatnya yang membawa mak tersayang dengan menggunakan motosikal roda tiga dan singgah memberi makan burung-burung merpati di tapak Pasar Lambak Pontian sering kali dilihat orang ramai di bandar Pontian, di sini.

Namun, petang semalam, ada berita sedih diterima oleh penduduk Pontian melalui media sosial apabila Noriman Misran yang berusia 52 tahun telah men1nggal dunia di rumahnya.

Lebih menyedihkan, Noriman dipercayai beberapa hari men1nggal dunia, namun, tidak disedari ibunya, Poniam Damin yang mengalami masalah rabun teruk sehingga tidak dapat melihat dengan jelas.

Ketua Polis Daerah Pontian, Mohd. Shofee Tayib berkata, polis menerima laporan mengenai kem4tian seorang orang kurang upaya (OKU) yang telah meninggal dunia di rumahnya di Kampung Parit Sapran, Kayu Ara Pasong, di sini.

Katanya, kematian arwah disedari oleh jiran yang datang ke rumah tersebut sebelum menghubungi Balai Polis Kayu Ara Pasong.

Ketua balai bersama tiga anggota telah ke lokasi kejadian dan mengesahkan mengenai penemuan m4yat di rumah tersebut.

Siasatan awal daripada adik arw4h menyatakan abangnya ada menghidapi beberapa penyakit, tetapi tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital dan sebelum meninggal dunia arwah dipercayai demam dan batuk.

Ibunya yang tinggal bersama arw4h mengalami masalah rabun yang teruk dan tidak mengetahui anaknya telah meninggal dunia, katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas Mohd. Shofee, m4yat m4ngsa dibawa ke Hospital Pontian untuk proses bedah siasat selain perlu menjalani ujian calitan bagi mengesan sama ada terdapat jangkitan C19 atau sebaliknya.

Semasa hayatnya, Noriman yang mengalami kecacatan pada kaki kiri akibat polio sejak di bangku sekolah tidak pernah terlepas untuk memberi makan sekumpulan burung merpati sejak lebih setahun lalu.

Arw4h dan ibunya setiap hari akan membawa bungkusan roti untuk diberi makan kepada burung-burung terbabit yang kebiasaan pada waktu tengah hari.

Noriman pernah menceritakan bahawa dia dan ibunya tergerak memberi makanan kepada burung tersebut selepas pernah ‘dikejar’ ketika berada di situ, namun, burung itu berhenti mengikutnya selepas diberikan makanan.

Kalau saya lambat datang sini, ibu akan mula terbayang-bayang burung merpati ini. Saya selalu datang bersama-sama ibu untuk memberikan makanan pada waktu tengah hari, katanya yang membeli roti menggunakan duit sendiri dan sumbangan orang ramai yang tahu rutinnya memberi burung makan. Al fatihah.