[Terkini] Abg Long ank yg baik, ” Snggup buat apa saja demi keluarga dan adk 0KU luah ibuu ” (5Gmbr)

Johor Bahru : Seorang pem4ndu jengk4ut tidak me­n­yangka perubahan sikap anak sulungnya sejak seminggu lalu membawa petanda dia akan pergi jauh dan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.

Muhamad Nur Ramadan Munawar, 21, men1nggal dunia dalam keadaan menyayat hati selepas terjatuh dari ketinggian enam meter di laluan bertingkat Le­buh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) berhampiran Pandan di sini pagi kelmarin.

Bapa mangsa, Munawar Karim, 43, berkata, kejadian berlaku ketika anaknya itu dalam perjalanan pulang membawa adiknya, Qhaizul Izhar, 19, ke Taman Scientex, Pasir Gudang selepas menerima suntikan vaksin C19 di sebuah hospital swasta di Jalan Abdul Samad di sini.

Qhaizul merupakan seorang remaja istimewa orang kelainan upaya (0KU) masalah pembelajaran.

Kedua-dua mereka menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC dan apabila tiba di lokasi kejadian, Muhamad Nur Ramadan yang menunggang motosikal dipercayai terbabas lalu melanggar tembok jalan sebelum terc4mpak lalu jatuh dari flyover.

Adiknya yang dalam keadaan terkejut mencari-cari abangnya dibantu orang ramai sebelum menyedari Ramadan sudah jatuh ke bawah, katanya ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Kesihatan F0rensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini semalam.

Ceritanya, anak sulung daripada lima beradik itu yang baharu tiga bulan bekerja sebagai juruteknik elektrik di sebuah syarikat mengalami kecederaan p4rah pada kep4la dan b4dan.

Qhaizul pula hanya luka pada tangan dan kaki, Bercerita lanjut, jelasnya, tidak banyak perubahan berlaku pada Muhamad Nur Ramadan kerana anaknya sibuk menumpukan perhatian pada pekerjaan baharunya.

Namun, seminggu sebelum ini, dia kutip semua pakaian miliknya dan pergi hantar dobi dan kemas bilik seolah olah macam dia nak pergi jauh.

Semalam, Allah SWT jemput dia, kami sekeluarga reda dengan ketentuan takdir ini, kami sekeluarga maafkan dia, semoga dia tenang di sana, ujarnya.

Jen4zah Muhamad Nur Ramadan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang.

Kosmo semalam melaporkan hasrat murni seorang abang untuk membawa pulang adiknya selepas menerima v4ksin C19 berakhir tragedi apabila dia maut selepas terc4mpak j4tuh dari laluan bertingkat Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) di sini.

Dalam kejadian pukul 11.20 pagi itu, m4ngsa m4ut di tempat kejadian manakala adiknya berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan apabila terjatuh di lokasi kem4langan.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, kejadian kemalangan dipercayai daripada motosikal itu yang ter­babas sendiri dan melanggar tembok konkrik di Kilometer 4 Lebuh Raya EDL.

Semoga keluarga ini tabah kehilangan anak sulung tersayang dan anak harapan keluarga berbakti pada keluarga dan adik hingga akhir hayat.Al fatihah.